Monday, July 27, 2020

Penyerahan Tv Oleh Bank Rakyat

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 28 Julai 2020 Sk Kubang Kerian 2 telah menerimasumangan Tv bagi tujuan PdPc di sekolah.Tv ini telah disampaikan oleh wakil Bank Rakyat Kubang Kerian kepada Tuan Guru Besar Skkk2 En Yaman B Yaacob.Majlis diadakan dengan ringkas di Bilik Gerakan Skkk2.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Bank Rakyat kerana telah memberi sumbangan yang sangat bermakna ini.










Tuesday, July 21, 2020

Sesi Persekolahan Murid-murid Tahun 1 Hingga 4

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Julai 2020 sesi persekolahan telah dibuka sepenuhnya kepada semua murid.Hari ini murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 telah mula kembali ke sekolah.
Seawal jam 6.50 pagi kelihatan ramai murid-murid telah membanjiri perkarangan sekolah dan mula mengambill suhu badan serta mengambil kertas yang ditandakan dengan suhu badan untuk diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
    Kehadiran ke sekolah pada hari ini sangat memberangsangkan.Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan KPM.














Wednesday, July 15, 2020

Kembali Ke Sekolah Norma Baharu Hari ke-2

Sk Kubang Kerian 2-Suasana kembali bersekolah bertambah ceria di hari ke-2.Murid-murid disambut oleh Tuan Guru Besar En.Yaman B Yaacob,PKP En Mohd Suhaimi B Abdullah,PKHEM Pn Salihah Bt Zakarian serta guru-guru yang bertugas.Seawal pagi murid-murid sudah sampai di sekolah dalam keadaan yang penuh semangat.Murid-murid diambil suhu badan terlebih dahulu kemudian menyerahkan slip suhu badan masing-masing kepada guru kelas mereka.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah".Selamat Belajar" diucapkan kepada murid-murid yang kami sayangi.























Tuesday, July 14, 2020

Kembali Ke Sekolah Norma Baharu Tahun 5 dan 6

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal  15 Julai 2020 Sesi persekolahan Norma Baharu telah dibuka kepada murid-murid Tahun 5 dan 6.Sebanyak 5 buah kelas bagi Tahun 5 dan 4 buah kelas bagi Tahun 6 telah mula beroperasi bermula hari ini.Murid-murid dikehendaki mengambil suhu badan di bawah khemah yang disediakan dan membawa slip suhu badan untuk direkodkan oleh guru kelas masing-masing.
    Semua kelas Tahun 5 dan 6 telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KPM dan KKM.Selamat kembali ke dunia persekolahan bersemuka buat murid-murid Tahun 5 dan 6.Semoga kalian belajar dalam suasana gembira dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi SOP.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...