Wednesday, November 4, 2015

Majlis Khatam al Quran

Sk Kubang Kerian 2-Seramai 46 orang murid Sk Kubang Kerian 2 telah berkhatam al quran secara beramai-ramai di Dewan Harmoni. Program ini dianjurkan oleh Unit HEM di bawah kendalian Panitia Agama Islam Skkk2.Dimulakan jam 10.00 pagi dengan perarakan oleh para murid yang akan berkhatam.Tahniah diucapkan kepada Unit HEM di bawah pimpinan En.Abdul Aziz b Haron ,Ketua Panitia PAI Ustazah Pn.Asliza Hassan serta ahli jawatankuasa yang terlibat dal menjayakan program ini.

Friday, October 9, 2015

Sambutan Hari Kecergasan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 10 Oktober 2015 Sambutan Hari Kecergasan telah dilaksanakan dengan begitu meriah sekali.Ianya merupakan aktiviti unit kokurikulum yang diadakan saban tahun.Aktiviti pada hari ini mendapat kerjasama daripada Pasukan Komuniti Kelab Rukun Tetangga  Taman makmur,dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara.
     Dimulakan seawal pagi dengan pendaftaran para peserta,majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman Mat Zin.Tuan Guru Besar Skkk2 mengambil kesempatan untuk merasmikan majlis di samping mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian.jam 8.30 pagi acara senamrobik dan kecergasan diteruskan di bawah pimpinan instruktur En.Mohd Arrif B Mohd Din dari Jabatan Kesihatan.Murid-murid ,guru-guru serta Pasukan Komuniti Kelab Rukun Tetangga  Taman Makmur,dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara telah sama-sama mengambil bahagian dalam acara senamrobik ini.Jam 9.45 pagi,Pasukan Komuniti Kelab Rukun Tetangga  Taman Makmur telah memulakan acara kayuhan basikal sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu.Para murid pula memulakan acara merentas desa mengikut Tahun pada jam 10.30 pagi.Penyampaian hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar,Pk Kokurikulum dan PK HEM Skkk2.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Kokurikulum di bawah pimpinan Puan Norazlina Bt Abdullah di atas kejayaan penganjuran ini..Semoga aktiviti-aktiviti sebegini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang."Satu Murid Satu Sukan ".

Kursus Pengurusan Jenazah

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 1 Oktober 2015 Kursus Pengurusan Jenazah telah dilaksanakan khus buat murid-murid Tahun 6 Skkk2.ianya bertujuan bagi memperluaskan pengetahuan murid dalam fardhu khifayah.Unit Agama Islam Sk Kubang Kerian 2 yang diketuai oleh Puan Asliza Bt Hassan telah menjemput penceramah khas, En.Mohd Kasuawadi B Abdul Ghani dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHAIK).
ianya merupakan teori dan amali bagi mengurus jenazah setelah seseorang itu meninggal dunia.Simulasi mengenai mengapan mayat telah dilakukan dengan Adik Mohd Ariff Fakimi dari kelas 5Cem.Video mengenai cara-cara memandikan jenazah telah ditayangkan kepada para peserta.Tahiah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Agama Islam Skkk2 di atas kejayaan penganjuran kursus dan simulasi ini.Semoga banyak ilmu yang dapat kita kutip sepanjang menyertai kursus ini.

Monday, September 7, 2015

PEPERIKSAAN UPSR SESI 2015

Sk.Kubang kerian 2-Tanggal  8 September 2015,calon-calon UPSR telah menduduki peperiksaan bagi sesi 2015 dalam keadaan yang tenang dan terkawal.Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan buat seramai 141 orang calon.Doa dari kami para guru agar semua calon lulus dengan cemerlang.Hadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan kejayaan akan sentiasa menanti anda..."Kejayaan anda adalah suatu hadiah yang amat bermakna bagi kami para guru ".Selamat berjuang wahai putera-puteri kami ...Kamu adalah permata kami yang sangat berharga....

Friday, September 4, 2015

Majlis Restu Ilmu

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 3 September 2015 Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan dalam suasana yang tenang dan penuh syahdu.Semua guru telah diwakili oleh Ketua Panitia masing-masing telah melafazkan restu terhadap murid masing-masing.Dimulakan dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu,Puan Norhayati Bt.Mohd Nawi,diikuti dengan Ketua Panitia Bahasa Inggeris,Puan Johaini Tahir,kemudian diikuti pula dengan pula dengan Ketua Panitia Matematik,En Roslan B Majid.Mengakhiri ucapan restu ilmu adalah wakil Ketua Panitia Sains,Puan Zuraidi Bt Abd Rahman.
Murid-murid kemudiannya bersalaman dengan para guru sambil memohon kemaafan dan restu ilmu yang telah diajari sejak dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Semoga anak-anak Tahun 6 akan memperolihi keputusan yang cemerlang dan bakal mengharumkan nama sekolah.

Solat Hajat Perdana dan Motivasi

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 2 September 2015  Solat Hajat Perdana dan cermah motivasi telah  diadakan di Dewan Harmoni dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah dengan kehadiran lebih daripada 95% ibubapa murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian UPSR tidak lama lagi.Seawal jam 11.00 pagi,para murid dan ibubapa telah diberi motivasi terakhir sebelum bermulanya peperiksaan UPSR.Ibubapa dan para guru serta murid tidak ketinggalan menunaikan solat hajat beramai-ramai serta membaca yasin secara berjemaah bagi memohon keberkatan dari Ilahi,semoga diterangkan hati-hati anak-anak didik Skkk2 dalam menjawab soalan yang bakal dikemukakan nanti.Cermah motivasi pula telah dikendalikan oleh Puan Norhayati bt Mohd Nawi selaku kaunselor Skkk2.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru,murid-murid dan ibubapa yang telah menjayakan program ini.Semoga nak-anak didik Skkk2 akan memperolihi keputusan yang cemerlang di dalam UPSR nanti.

Saturday, August 29, 2015

Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 30 Sept 2015,sambutan kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh semangat.Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan dan lagu sekolah,murid-murid menyanyi dengan penuh semangat.Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Nahran,kemudian Tuan Guru Besar Skkk2 pula.mengisi slot  dengan ucapan khas kemerdekaan.Dif jemputan khas kita adalah Tuan Hj Ismail b Abdul Wahab mantan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan memenuhi slot pengkisahan kemerdekaan.Beliau menyingkap kembali sejarah kemerdekaan tanah air.Pengkisahan ini adalah suatu pengkisahan yang menarik.Seterusnya murid-murid menyanyi lagu kemerdekaan dengan penuh semangat.Selepas majlis berhenti rehat seketika,majlis diteruskan pula dengan tayangan video filem "Bukit Kepong".

Friday, August 7, 2015

Motivasi Sains

Sk Kubang Kerian 2-Motivasi subjek Sains telah dilaksanakan dengan jayanya oleh En.Zahari B Zakaria JPN Kelantan.Semua murid tahun 6 telah diberi motivasi dalam subjek sains ini.

Solat Hajat Sempena UPSR

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 8.8.2015 olat hajat secara beramai-ramai antara ibubapa murid Tahun 6 dan guru-guru Skkk2 telah diadakan di masjid Skkk2.Solat hajat ini telah diimamkan oleh imam masjid Mukim Chicha,Kota Bharu .

Latihan Kebakaran Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 8.8.2015 satu latihan kebakaran oleh Jabtan Bomba,cawangan Kota Bharu telah diadakan dengan jayanya di Skkk2 di bawah Unit HEM.Dimulakan dengan deringan loceng kecemasan menandakan ada kebakaran berlaku.Pihak bomba tlah melakukan simulasi kebakaran dengan baik.Dua orang murid yang terperangkap di tingkat tiga telah dipapah oleh anggota bomba.Salah seorang murid yang berkerusi roda turut diusung dan di bawa ke padang sekolah.
     Semasa berhimpun di padang sekolah,ahli bomba telah melakukan simulasi memadam kebakaran.Beberapa orang wakil murid,wakil guru,wakil pekerja sekolah dan PK HEM sndiri telah mencuba melakukan pemadaman api dengan cara yang betul.Murid-murid begitu teruja dengan latihan dan simulasi kebakaran ini.Tahniah diucapkan kepada pihak bomba cawangan Kota Bharu yang diwakili oleh  En Hamdam B Mamat,Mohd Fathir b Jusoh,En Abdul Aziz b Ismail,En.Wann Mehila B Wan Yaakub,En.Mohd Zaki b Ismail,En.Ayub B Mustapha,En Zainudin B Seman,En Ghaffar B Sipol,En Baharom b Jusoh,En Zaidi b Idris dan lain-lain anggota  yang berjaya mengadakan Latihan Kebakaran dan Simulasi Kebakaran iini.Sememengnya program sebegini sangat bermunfaat kepada murid-murid dan warga sekolah.

Wednesday, August 5, 2015

Seminar Kecemerlangan UPSR 2015

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 29 dan 30 Julai Kem Kecemerlangan UPSR 2015 telah diadkan di Auditirium Ibupejabat KADA Negeri Kelantan,Lundang Kota Bharu Kelantan.Kem Kecemerlangan ini merupakan program yang dianjur oleh Skuad Peningkatan dan Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama sepenuhnya oleh PIBG sekolah.Ianya melibatkan semua murid tahun 6 seramai 143 orang.kem ini difokuskan kepada perkongsian ilmu oleh bekas murid Skkk2 yang telah berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.Ceramah dan teknik menjawan solan pula dikendalikan oleh penceramah yang tersohor,antaranya ialah :
* Bahasa Melayu - Tuan Hj.Asri B Ibrahim ( Sk.tapang)
* Bahasa Inggeris - Puan kamariah Bt Che Mohamad Abdul Ghani ( Sk.Pasir Hor)
* Matematik - En Razlan B Ibrahim ( Sk.Sri Kiambang)
* Sains         - Pn Maimunah Bt Kunjawa( Sk Tiong)

 Dua orang bekas pelajar yang Skkk2 yang dijemput bagi menyempurnakan sesi perkonmgsian ilmu itu adalah Cik Wan Aemelia Elisha Bt Wan Azzlan yang sedang melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang Sains Perubatan. dan Cik Najibah Bt Najib yang sedang melanjutkan pelajaran di Uk juga dalam bidang Sains Perubatan.

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 23 Julai 2015,sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Ianya melibatkan semua warga sekolah.Dimulakan dengan perhimpunan di kantin sekolah.Ustaz Mohd Azm,an telah membuka majlis dengan bacaan doa,diikuti dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar Skkk2,En Ismail B Ibrahim.Acara sambutan diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu raya oleh wakill murid bagi setiap kelas.Di akhir majlis,murid-murid telah menikmati jamuan hari raya mengikut kelas masing-masing.Guru-guru juga tidak terkecuali daripada menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh setiap kleas.terima kasih diucapkan kepada semua murid dan juga warga sekolah yang telah menjayakan sambutan hari raya ini."SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA"

Saturday, July 11, 2015

Penyampaian Hadiah Mewarna Ihya Ramadhan

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 12 Julai 2015 seramai 75 orang murid Sk Kubang Kerian 2 telah menerima hadiah sempena program mewarna Ihya Ramadhan di tapak perhimpunan sekolah.majlis disempurnakan dengan jayanya oleh Panitia Agama Islam.Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar,En Ismail B Ibrahim dan Tuan PK HEM,En Abdul Aziz B Haron.








Monday, July 6, 2015

Majlis Bualbicara Ibubapa Murid target Tahun 6

Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 6 Julai 2015 satu perjumpaan Ibubapa Murid target Tahun 6 telah diadakan di Bilik Wawasan Skkk2.Seramai 62 orang ibbubapa yang hadir di dalam majlis bualbicara kecemerlangan ini.Tuan guru besar telah mempersembahkan slai power point mengenai pencapaian murid-murid bagi menerangkan post mortem peperiksaan UBB2 baru-baru ini.Para iubapa telah berbincang dengan para pentadbir dan guru-guru bagi mencari jalan ke arah penyelesaian kepada permasalahan dan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh bakal calon UPSR 2015.
      Suasana bertambah hangat dengan perbincangan dan perkongsian daripada ibubapa mengenai tips-tips kecemerlangan pembelajaran anak-anak.Antaran yang menarik perhatian adalah perkongsian daripada seorang ayah,En.Syeikh Kamal Yusof mengenai proses peningkatan keemerlangan anak-anak beliau yang mana sewaktu Tahun 6,anak-anak beliauu hanya mendapat 2 hingga 3A sahaja.Peningkatan pembelajaran anak-anak beliau lebih cemerlang bila sudah agak dewasa,di sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang.jadi,sebagai kesimpulannya walaupun anak-anak kita belum boleh mencapai 5A dalam UPSR,jangan putus asa,teruskan memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk agar anak-anak kita sentiasa akan mendapat kejayaan yang cemerlang.Hubungan dengan pihak sekolah juga perlu dijaga supaya kejayaan anak-anak akan sentiasa terbuka di hadapan.Semoga perkongsian-perkongsian sebegini dapat membuahkan hasil yang cemerlang buat seluruh bakal calon UPSR khususnya dan warga Skkk2 umumnya.

Tuesday, June 30, 2015

Sayonara Ustazah Nurul Hanani

Sk.Kubang Kerian 2-Sayonara diucapkan kepada Ustazah Nurul Hanani yang telah menamatkan perkhidmatannya di sini pada hari ni.Beliau akan memulakan tugas di sekolah baru pada 1 Julai 2015.Beliau ditugaskan untuk berkhidmat di Sk.Kampung Tasek,Pasir Puteh,Kelantan di mana sekolah ini adalah berdekatan dengan rumah beliau.Tahniah diucapkan kepada Ustazah Nurul Hanani di atas kejayaan permohonan pertukaran beliau ini.Pihak kami merasa sangat kehilangan salah seorang tenaga yang sangat berkaliber,terutama di dalam bidang kokurikulum.Buar Ustazah Nurul Hanani,terimalah untaian pantun daripada kami :

Hari in menugal jagung,

hari esok menugal jelai,

hari ini kita berkampung,

hari esok kita bercerai.


Kalau tidak kerana unggas,

tidaklah rusak padi di sawah,

kalaulah tidak kerana tugas,

tidaklah kita akan terpisah.


Orang Acheh sedang sembahyang,

Hari Jumaat tengah hari,

pergilah kasih,pergilah sayang,

pandai-pandailah menjaga diri.


Gunung Bintan lekuk di tengah,

sayang penyengat kubunya tiga,

hancur badan di kandung tanah,

budi kusanjung,kuingat jua.....


Ustazah Nurul Hanani bersama murid-murid kelasnya...

Bersalam-salaman bersama...mohon kemaafan..

pelbagai gaya murid-murid...

sedih dan sayu menjelang saat-sat perpisahan...

Saturday, June 27, 2015

Lawatan Verifikasi SSQS

Sk.Kubang Kerian 2-Lawatan untuk tujuan verifikasi SSQS(Smart School Qualification Standard) telah disempurnakan oleh Profesor dari Universiti Sains Malaysia bagi pihak Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran (Malaysia.)MOE telah mlantik Usains Holding Sdn.Bhd ( Usains) Sdn.Bhd dengan kerjasama Majlis Dekan Pendidikan IPTA (MDEC).Lawatan dan verifikasi ini telah diketuai oleh Dr.Jamal pensyarah USM.Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr.Jamal.

Hadiah Kecemerlangan

Sk.Kubang Kerian 1- Tanggal 28 Jun 2015 ,penyampaian hadiah kecemerlangan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Skkk2.Mereka adalah Awwab Murshyid dan Anis dari tahun 6 Cemerlang telah menerima sedikit sumbangan daripada Unit Kecemerlangan Skkk2 dan PIBG. Manakala seorang murid yang memperolihi kelulusan dan peningkatan dalam semua matapelajaran juga turut menerima hadiah.Beliau adalah Mohd Haiqal dari tahun 6 Terbilang.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, manakala bagi yang belum mencapai kecemerlangan sebagaimana yang disasarkan oleh Unit Kecemerlangan Akademik Skkk2, terus gandakan usaha anda.



Bengkel Menjawab Soalan UPSR


Sukan Tahunan


Sunday, May 17, 2015

Sambutan Hari Guru

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 18 Mei 2015 sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Skkk2 dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Dimulakan dengan nyanyian lagu "Guru-guru Malaysia",diikuti dengan perutusan KPM oleh PK HEM dan KPP oleh Puan PK Ko.Majlis diteruskan dengan lagi dengan ikrar guru.
      majlis berhenti rehat buat seketika bagi memberi laluan kepada para guru dan murid-murid makan serta minum.Diteruskan pula dengan acara padang.Kumpulan guru wanita bermain bola jaring dengan memakai kain pelikat,manakala guru lelaki pula bermain bola tampar.Masing-masing bermain mengikut pasukan yang telah ditetapkan.Seterusnya acara dewan mula mengambil tempat pada jam 11.30 dengan warna-warna persembahan yang pelbagai daripada para guru dan juga murid.Semua guru dan murid yang mengambil bahagian sangat memberi kerjasama dalam menjayakan tiap acara yang dirancang.Sekalung tahniah diucapkan kepada para jawatankuasa perancang yang diketuai oleh Pn PK Ko,Puan Norazlina Bt Abdullah yang merancang program in dan melaksanakan dengan jayanya.






Wednesday, April 15, 2015

Perkhemahan Agung Unit-unit Beruniform Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16-18 April 2015 Unit beruniform Skkk2 telah menganjur satu Perkhemahan Agung Unit-unit Beruniformyang terdiri daripada Pasukan Pengakap,Bulan Sabit Merah,Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja.Perkhemahan pada kali ini diadakan di Park Su Challet,Jeram Pasu,Pasir Putih.Kelantan.

Tuesday, April 7, 2015

Perlawanan Bola Jaring

Pasukan Skkk2 sedang berentap dan sewaktu masa selang..
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 08 April 2015,satu pertandingan bola jaring peringkat QIT telah berlangsung di padang sekolah dengan penyertaan daripada sebelas buah sekolah.Sekolah yang mendapat tempat pertama adalah Sk.Perol,tempat ke dua,Sk Seribung.tahniah diucapkan kepada mereka yang telah merangkul kejayaan dan kepada yang kurang bernasib baik,cuba lagi pada masa-masa hadapan.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".
Perlawanan yang sengit antara sekolah-sekolah


Sekitar perlawanan...

Rancak...

Saturday, April 4, 2015

Rentas Desa

Sk Kubang Kerian 2- 12 March 2015 ,program Merentas Desa 1 Murid 1 Sukan telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana namun meriah,ianya di bawah kelolaan unit Kokurikulum Skkk2.Matlamat di adakan program ini adalah untuk memupuk budaya saing yang sihat di kalangan murid di samping mewujudkan budaya bersukan dan hidup sihat di kalangan mmurid-murid sekolah.
       Dimulakan dengan bacaan oleh Ustaz Mohd Azman,diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar Skkk2.Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan senamrobik dan kecergasan.
       Jam 8.45 pagi para peserta dilepaskan mengikut katogeri kumpulan dan tahun.Dimulakan sengan Kumpulan Tahun 1,tahun 2,3,4,5 dan 6.para peserta berlari mengikut track yang telah ditetapkan.Acara berakhir pada jam 11.45 pagi.Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan PK Kokurikulum,Puan Norazlina Bt Abdulah di atas kejayaan penganjuran ini.

Hadiah Pertandingan Nasyid

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 5April hadiah kejayaan kumpulan nasyid Skkk2 telah mendapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat QIT yang diadakan di Sk.Long Ghafar pada 2 April 2015.Tahniah diucapkan kepada para peserta, ahli kumpulan nasyid ,guru pembimbing,Ustazah Asliza Bt Hasan,Ustaz Mohd Zaki B Yaacob dan Ustazah Zaitun Yaacub.Tajuk lagu nasyid yang disampaikan adalah "Al Quran Nasi Transformasi Ummah" dan Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu ".Peserta diberi hadiah berupa sijil penghargaan,hamper dan beberapa cendarahati.



Wednesday, March 25, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 26 dan Penyampaiann Hadiah Kecemerlangan UPSR

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 26 Mac 2015 satu Mesyuarat Agung PIBG dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR bagi sesi 2014 telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Ianya telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pembangunan ( JPP)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...