Sunday, May 18, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 18 Mei 2014 sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah disambut dalam suasana yang sederhana namun meriah.
Hasil gubahan guru-guru mengikut kumpulan
Hasil gubahan para guru mengikut kumpulan....





Wednesday, May 14, 2014

Johan @Kejohanan Sepak Takraw QIT Peringat 2014

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 15 Mei 2014 Pasukan B,Sk Kubang Kerian 2 muncul juara dalam  Kejohanan Sepak Takraw QIT Peringat 2014.Pasukan sekolah telah mengalahkan 12 buah sekolah dalam QIT Peringat.Naib johan disandang oleh Sk Seribong,manakala tempat ke tiga pula dimenangi oleh Sk.Pasir Hor.Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat pasukan Skkk2 yang menang di gelanggang sekolah sendiri.Sekalung tahniah diucapkan buat jurulattihnya Us.Mohd Azman dan AJK serta PK Ko Skkk2,Puan Hjh Rusnani Bt Deris yang sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan bagi menjayakan sebarang bentuk pertandingan.Tahniah daan syabas sekali lagi diucapkan kepada pasukan Skkk2 serta jawatan kuasa dan krew-krew yang terlibat dalam menjayakan pertandingan pada hari ini.

gaya yang bersahaja tetapi hebat !!!


Hadiah yang dimenangi...


maddle yang diperolihi hasil dari kemenangan...
Di saat akhir...penuh semangat....
Penyampaian hadiah oleh PKP En Mohd Ariffin b Yaacob


Bergambar kenangan bersama....Johan,naib johan dan tempat ke tiga....

Saturday, May 10, 2014

Majlis Penyampaian Zakat

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 11 Mei 2014 Unit HEM Skkk2 telah menyempurnakan majlis Penyampaian Zakat yang berupa basikal kepada pelajar miskin.Sumbangan ini telah diberikan oleh bekas guru Skkk2 yang telah bersara dan tidak mahu namanya disebut.Puan Pk HEM,Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty juga telah berkenan menyumbang 2 buah basikal kepada para pelajar yang layak Sebanyak 19 buah basikal diberikan kepada murid-murid dari satu hingga tahun enam yang layak menerima zakat.Penyampaian hadiah dan sumbangan ini disempurnakan oleh PKP En Mohd Ariffin B Yaacob dan PK HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty.Murid-murid yang menerima sumbangan ini begitu teruja dan melahirkan rasa gembira dan terharu dengan pemberian dan sumbangan ini.Semoga dengan pemberian ini,bebanan yang mereka tanggung selama ini akan sedikit sebanyak dapat diringankan.Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada penyumbang yang berhati mulia.semoga rezeki anda diperluaskan lagi oleh Allah Azzawajalla.














Friday, May 9, 2014

Program Sarana Ibubapa Gotong-royong Tahun 2014

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 10 Mei 2014,Satu  Gotong-royong telah diadakan di antara ibubapa,guru-guru dan murid-murid Skkk2.Majlis dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan di Tapak Perhimpunan.Puan Penolong Kanan HEM,Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty telah membahagikan murid-murid mengikut kawasan.manakala ibubapa pula telah diberi taklimat tentang objektif sarna.Mereka dibahagikan mengikut kawasan masing-masing.Murid Tahun 1 telah memebersihkan blok c,Tahun 2-blok A,Tahun 3-musalla,Tahun 4-padang,Tahun 5-Blok B manakala Tahun 6 pula di Lot Makmal Komputer.Para ibubapa pula ditugaskan untuk membersihkan lot kantin dan kawasan sekitar,serta laluan masuk hadapan dan belakang sekolah.Guru-guru sukan dan sebahagian ibubapa pula telah mengambil kesempatan untuk membersihkan padang dan membuat trak olahraga.Semua murid,guru dan ibubapa telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerja-kerja gotong-royong ini.Jam 9.45 pagi majlis berhenti rehat dan disambung semula jam 10.45 pagi dengan gotong-royong di dalam kelas masing-masing dan bilik-bilik khas.Semoga kerjasama yang sebegini akan sentiasa dapat dipupuk dan diteruskan untuk masa-masa akan datang.Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertugas,para ibubapa dan murid-murid Skkk2 di atas sumbangan dan kerjasama bagi menjayakan program ini."Berkhidmat Untuk Agama,Bangsa dan Negara"

Sunday, May 4, 2014

Tunjukcara PaperGen

Sk.kubang Kerian 2- Pihak pengurusan sekolah telah berkenan untuk menggunapakai sistem PaperGen
dari Syarikat Sinar Obor.Perisian ini membantu para guru menggubal soalan mengikut kaedah jadual spesiikasi ujian (JPU) dan sistem P&P interaktif melalui impak audio dan visual.En Oliver Lee telah memberi taklimat kepada ketua-ketua panitia dan setiausaha peperiksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...