Sunday, May 19, 2019

Pelancaran Program Explorasi Ilmu

sk Kubang Kerian 2-Tanggal 20 Mei 2019 Pelancaran Program Explorasi Ilmu telah diadakan di Dewan Terbuka.Dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,Encikk Yaman B Yaacob di bawah Program TS 25.Program ini melibatkan 6 panitia iaitu Panitia BM,BI,Sains,Matematik &Pen Islam dan Bahasa Arab.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan peluang untuk belajar kendiri.Di samping itu ianya juga boleh memupuk perasaan ingin tahu melalui pembelajaran eksplorasi.








Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 20-21 Mei 201 Bengkel Teknik Menjawab Soalan telah dilaksanakan di Dewan Harmoni di bawah kelolaan Skuad Kecemerlangan UPSR.Para panel yang diundang adalah En.Mohd Freezaillah b Md Din dari Sk Kemumin,En Mohd Norasmadi B Mohd Zawi dari Skk Beta Hulu Kota Bharu,En Rozlan B Ibrahim dari Sk Sri Kiambang Pasir Mas dan En Warid B Mihat dari Sk Kubang Kerian 3 Kota Bharu Kelantan.Mereka adalah para penceramah yang diundang khas dan pakar dalam bidang masing-masing( Math,Sains,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
  Teknik menjawab soalan ini disertai oleh semua murid Tahun 6 Sk Kubang Kerian 2.Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah jemputan yang hebat ini.Tahniah juga diucapkan kepada Skuad Kecemerlangan UPSR yang berjaya menganjurkan program yang sangat bermanfaat bagi anak-anak didik Skkk2 ini.

Sesi latihan menjawab soalan...

khusyuk mendengar petua-petua dan teknik menjawab soalan..




En.Mohd Freezaillah b Md Din dalam sesi ceramahnya..

Skuad UPSR bergambar kenangan bersama salah seorang penceramah
Antara calon-calon UPSR sesi 2019

Sunday, May 12, 2019

Program Ziarah Cakna ke Rumah Murid

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 13 Mei 2019,PK HEM Skkk2 ( Puan Salihah Bt Zakaria ) bersama Unit Kaunseling telah mengadakan lawatan ke rumah murid Skkk2 bersama beberapa orang guru bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu murid yang telah kematian suami.

Terima kasih diucapkan kepada Unit HEM yang diketuai oleh Puan Salihah Bt Zakarian selaku PK HEM Skkk2 di atas usaha murni yang dijalankan ini.Moga-moga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Penyampaian sumbangan oelh Puan Salihah Bt Zakaria ( PK HEM Skkk2 )

Puan Pk HEM bersama beberapa orang gur dan kakitangan sekolah merealisasikan program Ziarah Cakna

Saturday, May 4, 2019

Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 5 Mei 2019 PK HEM Puan Salihah Bt Zakaria telah menyampaikan sijil-sijil Kebersihan dan Keceriaan Kelas kepada kelas yang paling bersih,ceria dan kemas mengikut aliran.Penilian ini adal;ah bagi tempoh sepanjang bulan April.Pada setiap akhir bulan,akan diumumkan pemenangnya.Tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya dalam pertandingan ini.Tahniah juga diucapkan kepada Unit HEM di atas kejayaan penganjuran program ini yang berjalan sepanjang tahun dan saban tahun.








Thursday, May 2, 2019

Sayonara Cikgu Junaidah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 2 Mei 2019 Majis "Bakti Disanjung,Budi Dijunjung " telah disempurnakan di Dewan Harmoni dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang.Dimulakan dengan perarakan,diiringi dengan paluan kompang menuju Dewan Harmoni.Puan Junaidah bt Ahmad telah dirakain dalam majlis ini telah dipersilakan ke pentas utama dengan ditemani suaminya Tn Hj Idris mantan guru besar Skkk2.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin,diikuti dengan ucapan oleh guru besar,Encik Yaaman b Yaacob.Diteruskan lagi dengan ucapan wakil guru oleh Puan Norhayati Bt Mohd Nawi dan ucapan daripada wakil murid.Acara kemuncak pula diteruskan dengan ucapan yang diraikan Puan Junaidah Bt Ahmad.Suasana menjadi begitu syahdu bila orang yang diraikan ini memberi ucapan dalam juraian air mata mengenang nostalgia silam bersama rakan-rakan seperjuangan mengharungi dunia perguruan yang sama-sama dilalui selama 26 tahun di sekolah ini.
Puan Junaidah telah menerima hadiah sebentuk cincin emas,satu set kerusi rehat jati dan beberapa barangan lain pemberian ikhlas daripada rakan-rakan guru,pentadbir dan juga murid-murid.Beliau juga telah dihiburkan oleh persembahan rakan guru dengan lagu-lagu nasyid "perpisahan ".Rakan-rakan telah menyanyi bersama-sama dan sesi bergambar diteruskan lagi bersama rakan-rakan guru.Semoga Puan Junaidah bahagi di sepanjang persaraan beliau nanti.Teimalah beberapa rangkap pantun dari kami.


Jalan malam menggunakan suluh 
berkunjung sebentar di rumah Mamat 
angkatkan tangan jari sepuluh 
doa minta agar selamat

Gunung Bintan lekuk ditengah 
sayang penyengat kubunya tiga. 
hancur badan dikandung tanah. 
budi disanjung diingat sentiasa.... 


Jasamu dikenang nama diberi 
bikin merai teman bestari 
anda sahabat yang kami kasihi
Kehilanganmu sahabat kami tangisi.

Orang aceh rajin sembahyang 
hari jumaat bertambahlah lagi 
pergilah kasih pergilah sayang 
pandai-pandailah kamu jaga  diri 

Hendak menebang nibung berduri 
dibikin pagar pinggir perigi 
pantun dikarang pengganti diri 
entahkan bila bersua lagi. 

Bila ada sumur di ladang 
bisa kami  menumpang mandi 
bila ada umur yang panjang 
bisa kita bersua lagi 

Tuan Guru Besar En Yaman b Yaacob sedang memberi ucapan..


Gb bergambar kenangan bersama

Pn Junaidah bersama rakan-rakan dan Pkko,En Zukilnain B Hassan

Bersama sahabat guru dan anak-anak murid yang telah bersedia untuk acara perarakan ke dewan utama

Bersama Tn Hj Aminudin dan Pn Norhayati









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...