Sunday, July 7, 2019

Hadiah Kebersihan Kelas 3K

Sk.Kubang Kerian - Tanggal 7 Julai 2019 Majlis Penyampaian Hadiah Kebersihan,Keceriaan dan Kehadiran Kelas (3K)bagi bulan Jun 2019 telah diadakan di Dewan Terbuka SKKK2.Hadiah 3K bagi Tahun 1  dimenangi oleh Tahun 1 AF,Tahun 2 dimenangi oleh Tahun 2AF,Tahun 3 dimenangi oleh Tahun 3AB,Tahun 4 dimenangi oleh Tahun 4AR,Tahun 5 dimenangi oleh Tahun 5AK dan seterusnya Tahun 6 dimenangi oleh Tahun 6AB.Kelas yang telah memenangi Program 3K ini telah mendapat sijil penghargaan.Tahniah diucapkan kepada semua kelas yang telah memenangi Program 3K (kebersihan,keceriaan dan kehadiran)ini.

Sunday, June 30, 2019

Majlis Adiwira Topi Keledar

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 1.7.19 Majlis Adiwira Topi Keledar telah disempurnakan di Dewan Terbuka Skkk2.Program ini di bawah anjuran Kurnia Insuran.Ianya diadakan bertujuan untuk menggalakkan tabiat pemakaian topi keledar dalam kalangan kaak-kanak demi keselamatan mereka di jalan raya.Sebanyak 1500 buah topi keledar telah dan akan diedar kepada murid-murid di 30 buah sekolah yang terpilih di sekitar Lembah kKelang,Kelantan dan Johor sebagai permulaan program panitia "Adiwira Topi Keledar".
Program ini dianjur dengan kerjasama Myperintis.Ianya merupakan salah satu tanggungjawab sosial koperat( CSR ) syarikat berkenaan.
MyPerintis berfungsi sebagai penghubung antara Kenentwrian dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjayakan program di sekolah-sekolah yang terpilih.Sempena program ini,pertandingan mewarna Adiwira Topi Keledar tlah diadakan beberapa bulan yang lepas.Rekaan yang menang telah diabadikan di atas topi-topi keledar dan telah diabadikan di atas 1500 topi keledar,kemudian diedarkan ke 30 buah sekolah pilihan.Sk Kubang Kerian 2 merupakan sekolah pertama di Kelantan yang dijelajahi oleh Team Adiwira ini dalam rangka siri jelajah mereka.

Salah seorang murid Sk Kubang Kerian 2 telah memenangi acara mewarna yang diadakan pada siri yang lepas dan pada hari uni telah menerima hadiahtopi keledar dan wang Rm100.Beliau adalah Nurul Izzah bt Nasran.
Team yang diketuai oleh En.Aminuddin Suharto b Zakaria ni telah mengaakan pelbagai aktiviti menarik pada hari ini seperti Ujian Helmet / Bola Impact,Ujian Saiz Helmetdan Ujian Klip Helmet.Pihak penganjur juga telah memberikan sumbangan sebanyak Rm 1000 kepada pihak sekolah.Seterusnya sesi bergambar bersama Mascot Adiwira serta pemenang Aktiviti Mewarna Adiwira Topi Keledar.
Terima kasih diucapkan kepada Team Adiwira Topi Keledar ini yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti yang sangat bermsnfaat ini.

Wednesday, June 26, 2019

Taklimat ISP Kepada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 27.6.19 Satutaklimat mengenai Internet Service Provider ( ISP) telah diadakan di PPD Kota Bharu.Ianya diadakan sempena penamatan ISP YES yang telah memberi khidmatnya selama 10 tahun.
Bermula daripada 1 Julai 2019 semua zoom YES mesti ditutup kerana perkhidmatannya sudah ditamatkan.Jika sekolah masih menggunakannya maka pihak sekolah akan membayarnya sendiri.

ISP yang ditetapkan di sekolah-sekolah Kelantan adalah 3: CELCOM,MAXIS DAN TM UNIFI.
Pihak sekolah tidak boleh memilih ISP tersebut tetapi mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh PPD berdasarkan keupayaan dan coverage di sesebuah sekolah.Guru Penyelaras Bestari dan juruteknik komputer mestilah memastikan Syarikat Telco yang ada dalam senarai sekolah sendiri sahaja boleh memasang talian tersebut.SAP (Sijil Akuan Penerimaan) mestilah disahkan oleh Guru Besar/pengetua dan diterima oleh GPBdan JTK sekolah masing- masing.
Bil akan sapai ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah menghantar ke PPD tidak lewat daripada 5 hari selepas bil sampai.
Untuk bulan Julai selepas dipasang,GPB dan JTK perlu menghantar speedtest kepada pegawai yang dilantik.

Saturday, June 22, 2019

Program Riang-ria Carrie Junior

Sk Kubang Kerian 2_Tanggal 23.6.19 Syarikat Carrie Junior tlh bermurah hati untuk membuat demonstrasi mengenai cara-cara mandi dan penjagaan tubuh-badan dengan betul.Murid-murid tahap 1 telah diberi taklimat penjagaan tubuhbadan,kemudian dihiburkan dengan tarian dan nyanyian Carie Junior.Di akhir program murid-murid dihadiahkan dengan body and hair wash satu set setiap orang.Terima kasih diucapkan kepada syarikat ini yang bermurah hati memberikan hadiah ini.
Agihan hadiah set penjagaan badan..

Pk HEMM Pn Salihah mengetuai pengagihan set penjagaan badan Carrie Junior kepada murid-murid..


Guru-guru mengambil peluang bergambar bersama moskot Carrie Junior

Murid-murid sedang beraktiviti..

Belajar teknik penjagaan kebersihan badan...

Monday, June 17, 2019

Majlis Apresiasi Prasekolah Berbintang

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 18 Jun 2019 Tuan Guru Besar En Yaman B Yacob dan dua orang guru prasekolah iaitu Pn Kartini Bt Setia dan Puan Zulaidah Bt Muhammad telah menerima hadiah dan penghargaan Prasekolah Berbintang dI Dewan Sri Tunjung JPN  Kelantan.Prasekolah Skkk2 mendapat 5 bintang dalam Majlis Apresiasi Prasekolah Berbintang ini.Tahniah diucapkan kepada Pn Kartini dan Puan Zulaidah seterusnya kepada Tuan Guru Besar yang sentiasa memberi sokongan yang padu kepada para guru Skkk2 dalam apa jua program atau pertandingan yang disertai oleh para guru atau para murid.Semoga kejayaan-kejayaan sebegini akan dapat diulangi lagi pada masa-masa akan datang.

Sebelah kiri:Pn Zulaidah,Guru Besar,dan Pn Kartini..
Bangga dengan hadiah masing-masing

Puan Zulaidah Bt Muhammad

Pn Kartini Bt Setia

Thursday, June 13, 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 13 Jun 2019 majlis sambutan  Hari Raya Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan dengan do oleh ustaz Mohd Azman B Mohd Zain,diikuti dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar Skkk2.
Majlis diteruskan dengan acara menjamu selera dengan pelbagai juadah yang enak-enak termasuklah tiga ekor kambing golek.Tambah meriah majlis ini dikunjungi oleh wakil guru sekolah sekitar dan juga pegawai PPD serta pegawai JPN.
Murid-murid dan para guru bersalam-salaman dan juga makan sambil mendengar dendangan lagu-lagu raya.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.Semoga sambutan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Tuan Guru Besar....kambing golek!

PKKO dan Cikgu Mohd  Azlaihan sedang memotong kambing golek

Jamuan murid-murid

Berselera menghadap juadah..

Kemeriahan yang dilalui..

Cikgu Roslan Majid bersama anak-anak didiknya

cenderahati dari tetamu undangan untuk Tuann Guru Besar

Para tetamu yang hadir..

Acara membakar kambing


Guru Besar bergambar kenangan bersama para guru..


satu lagi stesen membakar kambing di Bilik KH

Antara guru lelaki yang sudi posing


Jawatankuasa makanan dan persegaran di Bilik Sains

Sunday, May 19, 2019

Pelancaran Program Explorasi Ilmu

sk Kubang Kerian 2-Tanggal 20 Mei 2019 Pelancaran Program Explorasi Ilmu telah diadakan di Dewan Terbuka.Dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,Encikk Yaman B Yaacob di bawah Program TS 25.Program ini melibatkan 6 panitia iaitu Panitia BM,BI,Sains,Matematik &Pen Islam dan Bahasa Arab.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan peluang untuk belajar kendiri.Di samping itu ianya juga boleh memupuk perasaan ingin tahu melalui pembelajaran eksplorasi.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...