Wednesday, September 7, 2011

Majlis Restu Ilmu UPSR

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 08 September 2011,satu Majlis  Restu Ilmu UPSR telah dilaksanakan dalam suasana yang harmoni,memandangkan cuaca di pagi ini agak sejuk dan bening.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Halim B.Hj.Razali,diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail.Tuan Guru Besar berpesan kepada murid-murid agar menjaga kesihatan diri masing-masing di saat-saat akhir ini kerana kesihatan amat penting bagi calon-calon UPSR.Jika mereka didapati kurang sihat,maka segeralah mendapatkan rawatan yang sepatutnya.Beliau sangat-sangat berharap agar calon-calon UPSR dapat menghadapi peperiksaan dalam suasana yang tenang dan harmoni serta tidak ada seorang pun yang tidak berjaya memasuki peperiksaan nanti.Doa restu daru Guru Besar dan guru-guru Skkk2,semoga bakal calon UPSR pada tahun ini tidak menghadapi sebarang rintangan dalam menghadapi saat-saat yang ditunggu-tunggu selama ini.
         Dalam majlis ini juga pelajar-pelajar yang memperolihi kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan percubaan baru-baru ini telah diberi hadiah insentif oleh Tuan Guru Besar.Senarai mereka yang memperolihi kejayaan cemerlang adalah seperti di bawah:
* 5A - 41 orang
* 4A - 14 orang
* 3A - 16 orang
* 2A - 10 orang
* 1A - 21 orang
Peratus kelulusan adalah sebanyak 73.81%.

Semoga prestasi bakal calon UPSR dapat dilonjakkan lagi dalam peperiksaan sebenar nanti atau paling tidak dapat mengekalkan memontem ini.
         Majlis penyerahan dan restu ilmu telah tiba ke kemuncaknya dengan acara memohon restu daripada semua guru yang ada di Skkk2.Murid-murid bergerak di dalam barisan,bersalam-salaman dengan guru sambil memohon kemaafan dan halalkan segala ilmu yang telah diajarkan atau diperturunkan kepada mereka."Kami semua guru di Skkk2 sentiasa merestuai dan menghalalkan apa-apa jua ilmu yang telah kami ajarkan buat murid-murid semua dan gunakanlah ianya sebaik mungkin di dalam peperiksaan nanti.Hadiahkan kami sebuah kejayaan yang cemerlang.Tiada apa yang kami pinta dari kamu semua...melainkan sebuah kejayaan.Kejayaan yang kamu gapai adalah hadiah yang tidak ternilai buat kami....Teruskan perjuangan dan hadapilah peperiksaan nanti dengan penuh ketenangan...Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anda!!!"SELAMAT MAJU JAYA DAN BERILAH HADIAH SEBUAH KEJAYAAB BUAT IBUBAPA & GURU-GURU" 
Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim sedang memberikan sepatah dua kata...sebagai pembuka majlis

Penyampaian hadiah-insentif oleh Tuan Guru Besar
Penyampaian hadiah insentif kepada murid-murid cemerlang...
mohon diizinkan dan dihalalkan segala ilmu...
mohon dihalalkan segala ilmu ......
Cikgu halalkan semuanya...selamat menempuh peperiksaan...buat yang terbaik...
sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...