Tuesday, July 14, 2020

Kembali Ke Sekolah Norma Baharu Tahun 5 dan 6

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal  15 Julai 2020 Sesi persekolahan Norma Baharu telah dibuka kepada murid-murid Tahun 5 dan 6.Sebanyak 5 buah kelas bagi Tahun 5 dan 4 buah kelas bagi Tahun 6 telah mula beroperasi bermula hari ini.Murid-murid dikehendaki mengambil suhu badan di bawah khemah yang disediakan dan membawa slip suhu badan untuk direkodkan oleh guru kelas masing-masing.
    Semua kelas Tahun 5 dan 6 telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KPM dan KKM.Selamat kembali ke dunia persekolahan bersemuka buat murid-murid Tahun 5 dan 6.Semoga kalian belajar dalam suasana gembira dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi SOP.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...