Thursday, April 25, 2019

Perkhemahan Badan Beruniform

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 24 dan 25 April 2019 Perkhemahan Badan Beruniform telah dilaksanakan dengan jayanya di sekitar perkarangan sekolah.Ianya di bawah pimpinan Tn Haji Zukilnain b Hussin PKKO Skkk2 yang tidak asing lagi bagi kita.Semua aktiviti yang dirancang sememangnya membawa misi kerjasama dan perpaduan antara sesama ahli dan juga para guru pembimbing serta para pentadbir yang sentiasa memberi komitmen yang begitu tinggi sepanjang tempoh perkhemahan dijalankan.

Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 25.4.2019 Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd azman b Mat Zin,diikuti dengan ucapan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh tuan guru besar,kemudian disusuli dengan senamrobik yang diketuai oleh MA Encik Ariff disebelah paginya.Acara seterusnya adalah  sukaneka para guru.Jam 9.30 murid-murid diberi rehat,kemudian aktiviti diteruskan lagi dengan acara dewan.Para guru mengambil bahagian mengikut rumah sukan masing-masing.Pelbagai gelagat guru yang lucu dapat disaksikan,pastinya sangat menghiburkan.
#Selamatharigurubuat wargaguru

























Monday, April 22, 2019

Temasya Sukan Tahunan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 20-21 March 2018 Temasya Sukan Tahunan telah dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang.Ianya merupakan aktiviti tahunan di bawah Unit Kokurilulum pimpinan PKKO Encik Zukilnain B Hassan.























Sunday, April 21, 2019

Lawatan Penanda Aras PPD Port Dikson

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 21 April 2019 Satu pasukan Guru-guru Besar brsama Pegawai Daerah (PPD) Port Diksin Negeri Sembilan telah sudi bertandan ke Skkk2 bagi merealisasikan Lawatan penanda Aras Katogeri Prasekolah.Deligasi seramai 30 orang ini diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Sembilan.Memorendum Kolaborasi telah ditndatangani oleh kedua pihak yang diwakili oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Port Dikson dan Tuan Guru Besar Skkk2 Encik Yaman B Yaacob mewakili Skkk2.
Para tetamu telah disambut dengan paluan kompang dan dibawa ke bilik Gerakan bagi menonton slaid kejayaan sekolah.Kemudian dibawa melawat kelas prasekolah sambil melihat aktiviti masakan murid-murid pra bersama ibu masing-masing.Rombongan kemudiannya dijamu dengan makanan tradisional Kelatan.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...