Sunday, February 28, 2021

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2021

 Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 1 March 2021 Sesi persekolahan dalam norma baharu telah bermula.Seawal pagi murid-murid Tahun 1,2 dan prasekolah telah tiba di perkarangan sekolah dengan penuh semangat.Walaupun belum pernah bersekolah secara bersemuka,murid-murid Tahun Satu dan prasekolah kelihatan sangat teruja.

Ibubapa menghantar anak-anak mereka di kawasan yang dikhaskan sahaja.Para guru membawa murid-murid ke kelas masing-masing selepas saringan suhu diambil.










Lawatan penanda Aras TS 25 Majlis Guru Besar

 Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 26 November 2020 Sk Kubang Kerian 2 telah menerima kunjungan daripada guru-guru besar dan penolong-penolong kanan dari  sekolah-sekolah sekitar PPD kota Bharu. Turut sama dalam deligasi ini adalah pegawai-pegawai PPD Kota Bharu.

    Rombongan ini datang dengan harapan untuk melihat perkembangan dan pelaksanaan TS 25 yang dilaksanakan di sekolah ini.Harapan mereka agar dapat mengambil contoh serta tips-tips penting bagi merealisasikan program ini di sekolah mereka.

    Rombongan ini diberi taklimat khas oleh Guru Besar Skkk2 En Yaman B Yaakub dengan penyediaan slaid show oleh penyelaras TS25 Pn Nordiyana Suhaili Bt Ali @ Ghazali.Rombongan ini kemudiannya dibawa melawat hasil-hasil kerja murid dan juga kejayaan-kejayaan yang diperolihi oleh Skkk2 dalam merealisasikan TS 25.Mereka kemudiannya dijamu dengan hidangan makan tengah hari.

Terima kasih diucapkan kepada para deligasi yang sudi hadir berkunjung ke Skkk2.Harapan kami semoga yang baik dijadikan teladan manakala yang tidak baik dijadikan sempadan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...