Saturday, January 24, 2015

Penyampaian Hadiah Mewarna Maulidurrasul

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 25 Januari 2015 Satu majlis penyampaian hadiah sempena  Mewarna Maulidurrasul telah dilaksanakan di tapak perhimpunan oleh Puan PK Ko,Pn Norazlina Bt Abdullah.Murid-murid tahap satu yang telah memenangi pertandingan mewarna semasa majlis maulidurrasul pada  20 januari 2015.

Monday, January 19, 2015

Majlis Sambutan Maulidurrasul

Sk Kubang Kerian 2-Majlis sambutan Maulidurrasul telah berlangsung dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Dimulakan dengan selawat ke atas nabi di tapak perhimpunan,diikuti dengan perarakan maulud di sekitar sekolah dan Taman Perumahan Makmur.Meskipun hujan renyai-nyerai membasahi bumi,namun perarakan diteruskan juga.
    Jam 10.45 pagi pula majlis diteruskan dengan ceramah maulidurrasul oleh Ustaz Ahmad Fikri B Mat Wi.Sementara murid-murid tahap satu pula mengisi slot dengan aktiviti mewarna poster maulud.
Di bahagian dapur pula,para jawatankuasa masakan sedang menyiapkan juadah jamuan makan ima kasih tengah hari ,nasi dan gulai kawah.Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan maulidurrasul pada tahun ini.Semoga sambutan-sambutan sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun mendatang."SALAM MAULIDURRASUL DARI WARGA SKKK2 BUAT ANDA SEMUA"
Siap sedia untuk memulakan sesi selawat ke atas nabi...
selawat beramai-ramai







Guru Baru Untuk Sesi 2015

Sk Kubang Kerian 2 - Sesi persekolahan baru telah menerima dua orang guru baru.Beliau adalah Puan Wan Rahayu Bt Wan Omar dari Sk Tok Bok,Machang dan En Ami Nordin B Abd Razak dari Sk Kubang Kerian 3.

Bantuan Awal Persekolahan Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2- Bantuan awal persekolahan telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Muhammad Abdul Ghani,Ketua UMNO Bahgian Kubang Kerian.Terima kasih diucapkan kepada YBHG datuk di atas sumbangan tersebut.
Para ibubapa sedang  mendengar ceramah..

Pk Hem dan Pn Roshaimah selaku pengacara majlis

YBHG Datuk  Mohd Abdul Ghani sedang memberikan sedikit kata-kata aluan

Para guru dan ibubapa

Penyampaian wang bantuan persekolahan..

Terima kasih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...