Wednesday, July 17, 2013

Majlis Rundingcara Akademik Calon UPSR 2013

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 18 Julai 2013 satu majlis perjumpaan guru dengan ibubapa murid-murid tahun enam atau lebih dikenali dengan Majlis Rundingcara Akademik Calon UPSR 2013 telah diadakan dan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.Seramai 123 orang ibubapa telah berjaya menghadirkan diri dalam majlis ini.
      Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,Encik Ismail B Ibrahim.Tuan Guru Besar telah melaporkan keputusan Ujian Bulanan ke 3(UBB 3),diikuti dengan post mortem dan  head count.Dalam majlis ini juga Tuan Guru Besar telah banyak berkongsi tips-tips untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dengan ibubapa.Slide show yang ditayangkan beliau banyak memberi kesedaran kepada para ibubapa memainkan peranan untuk kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.Pihak Kecemerlangan Akademik juga telah bermurah hati untuk memberikan hadiah kecemerlangan kepada pelajar yang berjaya memperolihi 5A.Seramai 13 orang pelajar yang memperolihi 5A telah menerima hadiah.
     Seterusnya para ibubapa bergerak masuk ke kelas anak-anak masing-masing bagi berbincang dan berunding mengenai masalah yang dihadapi oleh anak-anak dalam pelajaran dan berkongsi tips-tips kejayaan anak-anak antara sesama ibubapa.Majlis ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Tuan Guru Besar dalam sesi pembentangan....

Perbincangan antara guru-guru subjek dengan ibubapa...

Saturday, July 13, 2013

Selamat Datang Guru-guru Pelatih

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 14 Julai 2013,Skkk2 telah menerima seramai enam orang guru pelatih dari IPG kampus Kota Bharu.Para guru pelatih ini akan menjalani sesi praktikum mulai 14 Julai hingga akhir September 2013 ini.Selamat datang diucapkan kepada para pelatih dari IPG Kampus Kota Bharu.Semoga adik-adik pelatih dapat menimba ilmu pengetahuan di sini dan juga sama-sama berkongsi ilmu terkini yang adik-adik terima di pusat pengajian.Jika ada apa-apa masalah,jangan segan untuk bertanya kami.
Tuan Guru Besar sedang memperkenalkan para guru pelatih kepada murid-murid Skkk2



Friday, July 5, 2013

Senamrobik Sempena Bulan Kecergasan Skkk2



Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 6 Julai 2013,"Program Senamrobik Satu Murid Satu Sukan "diadakan dalam suasana yang sederhana tapi meriah telah berjalan dengan jayanya.Program ini melibatkan semua murid dari Tahhun 1 hingga Tahun 6 di bawah Unit Kokurikulum Skkk2.Tahniah diucapkan atas kejayaan ini.

Program Kempen Makanan Kesihatan




Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 26 Jun 2013,Program Makanan Kesihatan yang diadakan oleh Unit HEM Sk Kubang Kerian 2 dengan kerjasama Syarikat Knor Sendirian Berhad.Murid-murid diberikan taklimat mengenai makanan kesihatan dan disajikan dengan bubur nasi knoor dan jagung knor.Murid-murid sangat gembira dan teruja dengan program ini.Semoga program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...