Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Julai 2020 sesi persekolahan telah dibuka sepenuhnya kepada semua murid.Hari ini murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 telah mula kembali ke sekolah.
Seawal jam 6.50 pagi kelihatan ramai murid-murid telah membanjiri perkarangan sekolah dan mula mengambill suhu badan serta mengambil kertas yang ditandakan dengan suhu badan untuk diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
Kehadiran ke sekolah pada hari ini sangat memberangsangkan.Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan KPM.