Saturday, June 30, 2018

Hadiah-hadiah Kecemerlangan Kokurikulum

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 1.7.18 pihak pentadbir Skkk2 telah berkenan menyampaikan Hadiah-hadiah Kecemerlangan Kokurikulum kepada kontijen "Kem Kanggaro Mathematics "peringkat antarabangsa yang diadakan di Hanoi pada 19 hingga 24.6.18.Pasukan ini diwakili oleh Adik Aireen Farhana Bt Mohd Azmi thn 5 Terbilang  dan Adik Afiq Najmudin b.Andey dari Tahun 4Terbilang.Guru yang mengiringi mereka ke Hanoi adalah Cikgu Aminudin b Mohamad dan Cikgu Zarima bt Amir.
Manakala hadiah kecemerlangan catur pula dimensngi oleh Adik Wan Aiman Shazlan b Wan Azlan dari Tahun 5 Terbilang di msna beliau telah terpilih untuk mewakili Kelantan ke peringkat MSSM.Adik Syaza pula mendapat hadiah saguhati di peringkat MSSK.Tahniah diucapkan kepada guru penasihat catur Encik Roslan Majid,Pn Johaini Tahir dan Pn Roshaimah bt Deraman.Begitu juga dengan Guru Pembimbing Kem Kanggaro Mathematic En Aminudin b Mohamad dan Pn Zarima Bt Amir.
Semoga dengan penyertaan-penyertaan aktif dan kejayaan-kejayaan para pelajar Skkk2 akan dapat mengharumkan nama Skkk2 di persada antarabangsa.Semoga kejayaan - kejayaan sebegini akan terus membangkitkan semangat di kalangan murid-murid, Pk kokurikulum, guru besar serta seluruh warga Skkk2 untuk terus mara menghadapi cabaran dunia globalisasi.Tahniah di atas kejayaan cemerlang ini.

Saturday, June 23, 2018

Anugerah 3k

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 24.6.18 perhimpunan pertama selepas hari raya Aidil Fitri telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Tuan guru besar telah menyampaikan hadiah 3k kepada kelas-kelas yang mencapai standard kebersihan dan keceriaan yang ditetapkan olehnpihak Jawatankuasa 3k Skkk2.Tahniah diucapkan kepada kelas yang berjaya bersama guru kelas masing-masing.

Wednesday, June 13, 2018

Pembikinan Mural 3d Unit ICT Bestari Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2-Unit ICT Bestari Skkk2 telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu sudut photobooth ala-ala 3d.
Seramai 5 orang pelajar dari SIC (Sultan Ismail Collage) Kota Bharu bersama guru pembimbingnya Cikgu Nik  Kamarul telah  diundang khas untik menyiapkan projek ini.Sehingga hari ini 13 Jun 2018 projek ini sudah 90% siap.
Terima kasih diucapkan kepan kepada Cikgu Nik Kamarul bersama anak-anak didiknya yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek yang sememangnya memerlukan ketekunan dan kesenuan yang tinggi nilainya.Hanya jauhari yang mengenal manikam.Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Nik Kamarul serta anak-anak didiknya yang sangat berbakat ini.

Program Syahadah @ TV 1

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 12 .6.18 Program Syahadah TV1 telah menyiarkan pasukan bola sepak sekolah telah menerima bantuan kasut bola oleh pengarah Yakult Mr Hamada dgn kerjasama The Red Warrior(TRW)Kelantan.Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar Skkk2 En Yaman b Yakub,Pk Ko Pn Norlaili bt Harun,jurulatih bola sepsk Ustax Mohd Azman b Mat Zin,Ustaz Mohd Asroal dan semua jawatankuasa di bawah Unit Kokurikulum Skkk2 di atas kejayaan rakaman ini.

Wednesday, June 6, 2018

Salam Perpisahan Buat Cikgu Mek Yas dan Cikgu Azharan

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 7.6.18 majlis Persaraan dua orang guru Skkk2 telah diadakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Cikgu Mek Yas bersara wajib pada usia 60 tahun manakala Cikgu Azharan bersara pilihan pada usia 52 tahun.Cikgu Azharan berkhidmmat selama 28 tahun dan memilih untik bersara awal bagi memberi lalauan kpd urusan bisnesnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...