Monday, September 23, 2019

Pertandingan Robotik Kebangsaan 2019

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 21-23 September 2019 Kontijen Robotik Skkk2 telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan 2019-National Robotic Competition ( NRC )yang bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.Kontijen Skkk2 telah mendapat tempat ke 7 daripada 16 terbaik katogeri Wedo.tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah.Kontijen ini diketuan oleh guru besar En Yaman B Yaacob,PK KO Tn Hj Zukilnain b Hassan,jurulatih Utama Mohd Nur Misuari B Ramli dan Tn Hj Aminudin b Mohamad serta AJK-AJK yang terlibat.



  



Lawatan Penanda Aras Dari Jogjakarta

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 23 Sept 2019 Deligasi dari  Jogjakarta telah mengadakan lawatan penanda aras dan kunjungan jaringan persahabatan/penanda aras negara jiran bagi mengadakan hubungan dua hala dlm perkongsian amalan terbaik di sekolah.Delegasi tersebut terdiri daripada  Majelis Dikdasmen PDM Kota Jogjakarta dan  EPUCENTRUM SD Muhammadiyah.Perjanjian persefahaman telah diadakan dengan SKKK2 bagi mengeratkan hubungan dan perkongsian amalan terbaik di sekolah masing- masing.Skkk2 mengetengahkan TS25 sebagai teras kekuatab dan kecemerlangan sekolah yang merangkumi bidang-bidang akademik dan juga kokurikulum



























Sunday, September 22, 2019

Penyampaian Hadiah-hadiah Mewarna Merdeka

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Sept 2019 Majlis Penyampaian Hadiah-hadiah Mewarna Merdeka telah disempurnakan oleh Majlis Kokurikulum yang terlibat secara langsung dalam program-program Bulan Kebangsaan.Para pemenang katogeri mewarna jalur gemilang mengikut kelas telah diberi hadiah-hadiah mengikut katogeri pertandingan.Tahap satu aktiviti mewarna jalur gemilang,manakala Tahap 2 murid-murid membina banner jalur gemilang.









Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 15.9.2019 Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan dengan bacaan doa selamat dan pembuka majlis oleh Ustaz Mohd Nahran b Mamat di Dataran Perhimpunan,diikuti dengan aktiviti Kayuhan Merdeka oleh para  peserta yang diketuai oleh Tn Hj Zukilnain b Hasan selaku PKKO Skkk2.Kayuhan ini melalui track atau laluan Merentas Desa di sekitar kawasan perumahan dan kampung Chicha.para guru dan murid-murid yang terlibat mengayuh basikal yang dihias khas dengan membawa  bersama jalur gemilang yang gah berkibar sepanjang kayuhan itu.Acara ini tamat pada jam 9.30 pagi.
     Selepas berehat sebentar,acara dewan dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan juga persembahan oleh para guru dan juga murid-murid.Pertandingan pakaian beragam juga turut diadakan.Majlis ditangguhkan jam 1.15 tengah hari.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...