Sunday, March 17, 2013

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 17 mac 2013,penyampaian hadiah kecemerlangan kokurikulum telah disempurnakan di tapak perhimpunan Skkk2 serentak dengan perhimpuan mingguan sekolah.Tuan Guru Besar Skkk2 telah berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kecemerlangan kepada pasukan catur sekolah yang telah meyandang naib johan yang diadakan pada 17,18 dan 19 Februari 2013 di peringkat MSSD.Adik Muhammad Aiman B Shahadi telah muncul  naib johan dlam pertandingan peringkat MSSK yang diadakan  pada 22, 23dan 24 februari di Gua Musang.Tahniah diucapkan kepada Adik Ahmad Aiman.Seteusnya Adik Ahmad Aiman akan mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh,Perak.
       Hadiah kecemerlangan kokurikulum disampaikan juga buat pasukan bola sepak sekolah yang telah mendapat tempat ke dua peringkat QIT yang telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 pada 19,20 dan 21 Februari 2013  baru-baru ini.
      Bagi pasukan bola tampar pula,dalam perlawanan yang di adakan di Sk Keling pada 20 februari 2013 baru-baru ini,Skkk2 telah memperolihi tempat ke tiga dan hadiah turut disampaikan kepada pemenang pada perhimpunan kali ini.Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar Skkk2.Hadiah kecemerlangan turut disampaikan kepada pasukan bola tampar lelaki yang telah menduduki tempat ke tiga yang diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di Sk Peringat.Manakala pasukan Olahraga/Balapan yang diadakan di Stadium Mini Kijang Emas Kompleks Sekolah-sekolah wakaf Mek Zainab telah menampilkan Adik Siti Juliana sebagai johan lompat jauh,Adik Muhamad Haqim johan lompat tinggi,manakala Adik Mohd Najmi Aklan sebagai naib johan lontar peluru.Tahniah diucapakan kepada para peserta yang telah berjaya mengharumkan nama Skkk2 di persada sukan dan Unit Kokurikulum."Anda adalah bintang yang sentiasa bersinar"

Friday, March 15, 2013

Mesyuarat Agung PIBG & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Mac 2013 Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012 telah disempurnakan dalan suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Hj Mohd Yudin B Mamat,seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh yang Dipertua PIBG,En Nik Raisnan B Hj Daud.Majlis yang gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Yang BerbahagiaTn Hj.Mohd Ariffin B Othman ( Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Dun Demit) mewakili pihak  Datuk Hj Mohd Fauzi B Ismail,Pengerusi Pembangunan Parlimen Kubang Kerian.
      Selesai sahaja ucapan perasmian oleh YBRS Datuk,acara penyampaian hadiah kecemerlangan terus disempurnakan.Kesemua murid yang memperolihi 5A ( 40 orang)dan 4A( 19 orang) dalam peperiksaan UPSR 2012.Anugerah tokoh murid cemerlang juga turut diberikan.Tokoh Murid Cemerlang Lelaki diberikan kepada Adik Syamil Noor Azman,manakala Tokoh Murid Cemerlang Perempuan diberikan kepada Adik Damirah Azizah.Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.semoga anda akan dapat melakarkan kejayaan hingga ke menara gading.Selesai sahaja penyampaian hadiah kecemerlangan ini,Tuan Guru Besar telah berbesar hati menyampaikan hadiah dan saguhati kepada YBG Datuk Hj Mohd Fauzi B Ismail,En Nik Raisnan B Hj Daud dan Tuan Hj Mohd Yudin B Mamat. Tepat jam 11.00 mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 telah dilaksanakan.majlis berjalan dengan penuh kondusif tanpa ada unsur-unsur hangat.
        Jam 12.00 tengah hari semua hadirin dan murid-murid telah dihidangkan dengan juadah makan tengah hari yang disponsor oleh YDP PIBG, En Nik Raisnan B Hj Daud.Sebanyak 4 kawah gulai telah disediakan oleh pihak PIBG bagi meraikan kejayaan anak-anak didik Sk Kubang Kerian 2.Majlis seterusnya bersurai jam 1.15 tengah hari.
Tuan Guru Besar,En.Ismail b Ibrahim sedang memberi ucapan alu-aluan....

Hadiah 5A..Tahniah!!!
Hadiah 4A...Tahniah!!!
Hadiah tokoh murid  lelaki dan perempuan bagi sesi 2012
Tokoh Pelajar Lelaki Adik Syamil...Tahniah!!!
Tokoh Pelajar  perempuan...Adik Damirah Azizah

Monday, March 11, 2013

Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 7 Mac 2013,satu perjumpaan antara ibubapa murid Tahun 6 Gemilang bersama-sama guru kelas dan guru subjek telah diadakan di bilik Gerakan Skkk2.Perjumpaan ini dianjur oleh Unit Kaunseling bersama Unit HEM dan Kurikulum Skkk2.Ianya turut dihadri oleh Mentor Skkk2,En Zaidi B Abdullah,Pegawai LINUS,PPD Kota Bharu.Tujuan diadakan perjumpaan ini adalah sebagai pertemuan  4 mata antara para ibubapa dengan guru dan pentadbir sekolah.Ianya juga sebagai langkah untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan murid-murid yang ada.Jika terdapat mana-mana kelemahan,maka pihak sekolah bersama para ibubbapa akan cuba mengambil langkah bagi mengatasinya.Sokongan yang padu daripada para ibubapa sangat-sangat diperlukan oleh pihak sekolah demi untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid bagi menghadapi UPSR nanti.Langkah-langkah awal perlulah diambil bagi membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam setiap ujian yang diadakan hinggalah menjelang UPSR nanti.Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang sudi memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi  bakal calon UPSR ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...