Friday, September 7, 2012

MAJLIS RESTU ILMU


Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 8 September 2012,Satu Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan harmoni Skkk2.  Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail B Ibrahim.Seterusnya disusuli dengan lafaz  ikrar oleh ketua murid ,Nurul Anis Syakirah Bt Che Mat dari Tahun 6 Terbilang.Diikuti pula dengan ucapan restu ilmu daripada ketua-ketua panitia sebagai mewakili subjek-subjek teras.Puan Norhayati mewakili guru-gru Bahasa Melayu,Tuan Hj.Aminudin mewakili guru-guru Matematik,Puan Zarima pula mewakili guru-guru Bahasa Inggris,Puan Che Faridah mewakili guru-guru Sains dan seterusnya guru-guru Pendidikan Islam diwakili oleh Puan Asliza Bt Hassan selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam dan JQAF jua selaku pengerusi majlis pada hari ini.
           
Majlis  berjalan dalam suasana yang tenang dan agak hangat di saat-saat kemuncak di mana murid-murid bersalaman dengan guru-guru Skkk2 bagi memohon restu.Di akhir sesi,satu slot untuk motivasi telah berlangsung dalam suasana yang penuh semangat dan ceria di mana guru-guru dan murid-murid sama-sama beraktiviti dalam memupuk kerjasama dan semangat kekitaan.majlis ditangguhkan jam 11.00 pagi."Semoga anak-anak didik semua dapat menggunakan semua ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada di Skkk2"
Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar,merangkap perasmi majlis...
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada murid-murid cemerlang percubaab UPSR
Aktiviti murid dalam slot kaunseling...
Aktiviti guru dalam slot kaunseling...

      
Oleh kerana tahun ini tidak ada rakaman video Majlis restu Ilmu, kami paparkan aktiviti Majlis Rastu ilmu pada sesi lepas.
ucapan Restu Ilmu Guru
Lagu Tema Restu Ilmu : Terima Kasih Guru
Muhasabah Bangkit Asal
Ustazah rokiah dalam kenangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...