Perutusan Guru Besar


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua....
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya  berjumpa lagi pada tahun 2019.
Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan para pendidik dalam menyampaikan ilmu secara berkualiti.
Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai negara maju mengikut acuan sendiri memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Oleh yang demikian Transformasi Pendidikan amat perlu dilaksanakan agar sistem pendidikan kita terus relevan dengan keperluan negara dan antarabangsa.
Dengan adanya blog  ini saya, berharap agar dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap profesionalisme yang tinggi dan berkualiti serta bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi SK Kubang Kerian  2 dalam semua aspek sesuai dengan sekolah ini yang merupakan Sekolah Transformas .iProgram Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah  yang berkualiti.Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu
  • Saya sebagai Guru Besar Sk Kubang Kerian 2 menyeru seluruh warga Skkk2 dan juga para ibubapa dapat menyahut seruan ini dan sentiasa bekerjasama dalam memantapkan pencapaian sekolah selaras dengan  hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Sekian, terima kasih.
Guru Besar Sk Kubang Kerian 2







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...