Wednesday, August 12, 2020

Lawatan Penanda Aras Dari SMKKK 2

 Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 13 Ogos 2020 SKKK2 telah menerima kunjungan dari SMK Kubang Kerian 2.Kunjungan ini merupakan jalinan kerjasama dalam pelaksanaan Sekolah Transformasi 25 ( TS 25 ).Robongan ini diketuai oleh Pn Hashimah selaku PKP SMKK2.Taklimat mengenai pelaksanaan Ts 25 ini telah disampaikan oleh PK HEM SKKK2 Puan Salihah Bt Zakaria.Terima kasih diucapkan kepada rombongan SMKKK2 di atas kunjungan ini.











Monday, August 10, 2020

Lawatan Dari Rakan Elit Pensyarah IPG TS25 Kohort 5

 Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 11 Ogos 2020@Selasa Skkk2 menerima kunjungan dari Rakan Elit Pensyarah IPG bagi melihat perjalanan sebenar Sekolah Transformasi 25 - TS25.Pasukan dari IPG Kota Bharu ini ingin berkongsi perjalan sebenar dari Kohort 5-Case-Based Learning Modul Pementoran Rakan Elit.Ianya bermula jam 9.00 pagi@Bilik Wawasan Sk Kubang Kerian 2.Semoga dengan kunjungan Rakan Elit ini akan memantapkan lagi perjalanan TS 25.















Monday, July 27, 2020

Penyerahan Tv Oleh Bank Rakyat

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 28 Julai 2020 Sk Kubang Kerian 2 telah menerimasumangan Tv bagi tujuan PdPc di sekolah.Tv ini telah disampaikan oleh wakil Bank Rakyat Kubang Kerian kepada Tuan Guru Besar Skkk2 En Yaman B Yaacob.Majlis diadakan dengan ringkas di Bilik Gerakan Skkk2.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Bank Rakyat kerana telah memberi sumbangan yang sangat bermakna ini.










Tuesday, July 21, 2020

Sesi Persekolahan Murid-murid Tahun 1 Hingga 4

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Julai 2020 sesi persekolahan telah dibuka sepenuhnya kepada semua murid.Hari ini murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 telah mula kembali ke sekolah.
Seawal jam 6.50 pagi kelihatan ramai murid-murid telah membanjiri perkarangan sekolah dan mula mengambill suhu badan serta mengambil kertas yang ditandakan dengan suhu badan untuk diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
    Kehadiran ke sekolah pada hari ini sangat memberangsangkan.Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan KPM.














Wednesday, July 15, 2020

Kembali Ke Sekolah Norma Baharu Hari ke-2

Sk Kubang Kerian 2-Suasana kembali bersekolah bertambah ceria di hari ke-2.Murid-murid disambut oleh Tuan Guru Besar En.Yaman B Yaacob,PKP En Mohd Suhaimi B Abdullah,PKHEM Pn Salihah Bt Zakarian serta guru-guru yang bertugas.Seawal pagi murid-murid sudah sampai di sekolah dalam keadaan yang penuh semangat.Murid-murid diambil suhu badan terlebih dahulu kemudian menyerahkan slip suhu badan masing-masing kepada guru kelas mereka.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah".Selamat Belajar" diucapkan kepada murid-murid yang kami sayangi.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...