Tuesday, April 17, 2018

Taklimat GPB di PKG Kota

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 18.4.18 satu Taklimat Pengurusan telah diadakan di PKG Kota dan telah dihadiri oleh Pn Wan Tamlah Bt Daud.Perjumpaan ini membuncangkan pelbagai isu mengenai pengurusan ICT di sekolah.Semoga Skkk2 akan cemerlang dalam pengurusan ICT untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Tuesday, April 10, 2018

Majlis Pecah Tanah ECRL

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 11.4.2018 seramai 4 orang guru termasuk pentadbir telah hadir ke majlis pecah tanah East Coast Rail Link / ECRL yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

Monday, April 9, 2018

Pemenangan Catur

Adik Wan Muhammad Aiman Wan Azlan

MTQ Peringkat PPD

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 8.4.2018
Wakil dari sekolah kita telah memenangi acara hafazan dan bercerita peringkat daerah.


Sunday, April 8, 2018

Program Membaca Satu Malaysia

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 8.4
.18 Majlis Membaca Satu Malaysia telah dilaksanskan dalam suasana yang sederhana namun meriah.Program ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah.
Dimulakan dengan gimik pelaksanaan, diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar serta doa pembukaan oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin . Murid-murid bersama guru telah sama-sama membaca selama 10 minit serentak seluruh negara sebagai menyahut seruan "Membaca".
Murid-murid yang berjaya mendapatkan bintang dalam program nilam telah diberi penghargaan.Begitu juga bagi mereka yang telah memenangi kuiz yang dianjurkan.Bagi murid-murid yang terlibat dalam persembahan juga elah diberi hadiah penghargaan.
Terima kasih diucapkan kepada GPM Pn Johaini Bt Tahir bersama jawatankuasanya yang telah berkaya menganjurkan program ini dengan jayanya.

Saturday, April 7, 2018

Anugerah Penulisan Jurnal Di Pesta Buku

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 02.04.2018 salah seorang guru Skkk2 telah menerima penghargaan bagi katogeri sekolah rendah dalam penghasilan Modul.Beliau ialah Guru Penyelaras Bestari Skkk2 Puan Wan Ramlah Bt Daud.Penganugerahan ini adalah bersempena dengan Pesta Buku Negeri Kelantan.Majlis ini dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar negeri Kelantan.Ianya telah diadakan di Dewan KTC Kota Bharu dan telah dirasmikan oleh Yb Dato Mustafa Muhammad Menteri Pembangunan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...