Wednesday, June 26, 2019

Taklimat ISP Kepada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 27.6.19 Satutaklimat mengenai Internet Service Provider ( ISP) telah diadakan di PPD Kota Bharu.Ianya diadakan sempena penamatan ISP YES yang telah memberi khidmatnya selama 10 tahun.
Bermula daripada 1 Julai 2019 semua zoom YES mesti ditutup kerana perkhidmatannya sudah ditamatkan.Jika sekolah masih menggunakannya maka pihak sekolah akan membayarnya sendiri.

ISP yang ditetapkan di sekolah-sekolah Kelantan adalah 3: CELCOM,MAXIS DAN TM UNIFI.
Pihak sekolah tidak boleh memilih ISP tersebut tetapi mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh PPD berdasarkan keupayaan dan coverage di sesebuah sekolah.Guru Penyelaras Bestari dan juruteknik komputer mestilah memastikan Syarikat Telco yang ada dalam senarai sekolah sendiri sahaja boleh memasang talian tersebut.SAP (Sijil Akuan Penerimaan) mestilah disahkan oleh Guru Besar/pengetua dan diterima oleh GPBdan JTK sekolah masing- masing.
Bil akan sapai ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah menghantar ke PPD tidak lewat daripada 5 hari selepas bil sampai.
Untuk bulan Julai selepas dipasang,GPB dan JTK perlu menghantar speedtest kepada pegawai yang dilantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...