Sunday, June 30, 2019

Majlis Adiwira Topi Keledar

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 1.7.19 Majlis Adiwira Topi Keledar telah disempurnakan di Dewan Terbuka Skkk2.Program ini di bawah anjuran Kurnia Insuran.Ianya diadakan bertujuan untuk menggalakkan tabiat pemakaian topi keledar dalam kalangan kaak-kanak demi keselamatan mereka di jalan raya.Sebanyak 1500 buah topi keledar telah dan akan diedar kepada murid-murid di 30 buah sekolah yang terpilih di sekitar Lembah kKelang,Kelantan dan Johor sebagai permulaan program panitia "Adiwira Topi Keledar".
Program ini dianjur dengan kerjasama Myperintis.Ianya merupakan salah satu tanggungjawab sosial koperat( CSR ) syarikat berkenaan.
MyPerintis berfungsi sebagai penghubung antara Kenentwrian dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjayakan program di sekolah-sekolah yang terpilih.Sempena program ini,pertandingan mewarna Adiwira Topi Keledar tlah diadakan beberapa bulan yang lepas.Rekaan yang menang telah diabadikan di atas topi-topi keledar dan telah diabadikan di atas 1500 topi keledar,kemudian diedarkan ke 30 buah sekolah pilihan.Sk Kubang Kerian 2 merupakan sekolah pertama di Kelantan yang dijelajahi oleh Team Adiwira ini dalam rangka siri jelajah mereka.

Salah seorang murid Sk Kubang Kerian 2 telah memenangi acara mewarna yang diadakan pada siri yang lepas dan pada hari uni telah menerima hadiahtopi keledar dan wang Rm100.Beliau adalah Nurul Izzah bt Nasran.
Team yang diketuai oleh En.Aminuddin Suharto b Zakaria ni telah mengaakan pelbagai aktiviti menarik pada hari ini seperti Ujian Helmet / Bola Impact,Ujian Saiz Helmetdan Ujian Klip Helmet.Pihak penganjur juga telah memberikan sumbangan sebanyak Rm 1000 kepada pihak sekolah.Seterusnya sesi bergambar bersama Mascot Adiwira serta pemenang Aktiviti Mewarna Adiwira Topi Keledar.
Terima kasih diucapkan kepada Team Adiwira Topi Keledar ini yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti yang sangat bermsnfaat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...