Wednesday, July 8, 2020

Mesyuarat Pembukaan Sekolah Semasa PKP

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 21 Jun 2020 Satu mesyuarat khas telah diadakan di Bilik Wawasan Skkk2.Mesyuarat ini dihadiri oleh pentadbir sekolah dan Jawatankuasa Perancang Sekolah.Pembukaan sekolah nanti hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Kedudukan murid hendaklah secara penjarakan 1 meter.Kerusi meja hendaklah disusun mengikut penjarakan 1 meter.Semasa datang ke sekolah,murid-murid dikehendaki dihantar oleh ibubapa masing-masing dan sebelum masuk ke kelas hendaklah dibuat "senitizer" terlebih dahulu dan perlulah membasuh tangan dengan menggunakan sabun.Murid-murid juga dikehendaki makan di dalam kelas masing-masing.
    Sepanjang tempoh PKP,Pengajaran dan pembelajaran perlulah dijalankan secara atas talian atau pun secara memberikan modul kepada murid-murid dengan cara meletakkan modul yang disediakan di pondok JAGA sekolah.Ibubapa perlulah mengambil modul itu yang disediakan oleh guru.Para guru bebas menggunakan medium samada secara atas talian atau secara modul.
    Semua bilik hendaklah dibuat pelan lantai dan ditampal di dalam bilik tersebut.label-label SOP hendaklah ditampal di dalam kelas dan bilik-bilik khas.































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...