Sunday, September 22, 2019

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 15.9.2019 Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan dengan bacaan doa selamat dan pembuka majlis oleh Ustaz Mohd Nahran b Mamat di Dataran Perhimpunan,diikuti dengan aktiviti Kayuhan Merdeka oleh para  peserta yang diketuai oleh Tn Hj Zukilnain b Hasan selaku PKKO Skkk2.Kayuhan ini melalui track atau laluan Merentas Desa di sekitar kawasan perumahan dan kampung Chicha.para guru dan murid-murid yang terlibat mengayuh basikal yang dihias khas dengan membawa  bersama jalur gemilang yang gah berkibar sepanjang kayuhan itu.Acara ini tamat pada jam 9.30 pagi.
     Selepas berehat sebentar,acara dewan dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan juga persembahan oleh para guru dan juga murid-murid.Pertandingan pakaian beragam juga turut diadakan.Majlis ditangguhkan jam 1.15 tengah hari.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...