Thursday, April 25, 2019

Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 25.4.2019 Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd azman b Mat Zin,diikuti dengan ucapan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh tuan guru besar,kemudian disusuli dengan senamrobik yang diketuai oleh MA Encik Ariff disebelah paginya.Acara seterusnya adalah  sukaneka para guru.Jam 9.30 murid-murid diberi rehat,kemudian aktiviti diteruskan lagi dengan acara dewan.Para guru mengambil bahagian mengikut rumah sukan masing-masing.Pelbagai gelagat guru yang lucu dapat disaksikan,pastinya sangat menghiburkan.
#Selamatharigurubuat wargaguru

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...