Kasut-kasut tersebut yang diterima dari ibu pejabat Yakult di Jepun itu merupakan hasil sumbangan dari kelab bola sepak seluruh negara matahari terbit tersebut melalui badan tidak berkanun, Saga Future Design Foundation.
Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada   berkata,nisiatif murni ini merupakan sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat Yakult untuk berkongsi kegembiraan bersama murid sekolah yang lebih memerlukan dan menggalakkan mereka kekal aktif bersukan.
“Tahun ini merupakan tahun yang ketiga kami menganjurkan Program Sumbangan Kasut Bola Sepak seperti ini dan berhasrat untuk meneruskannya untuk tahun yang mendatang.
“Objektif utama program seumpama ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat. Tidak ramai yang mengetahui bahawa senaman berat boleh melemahkan sistem pertahanan badan dan perkara ini sebenarnya mampu diatasi dengan pengambilan probiotik.
“Fakta ini telah dibuktikan melalui hasil kajian Dr. Kazuyoshi Takeda, penyelidik serta pakar sistem imunisasi dari Universiti Juntendo Tokyo, Jepun,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Program tahun ini lebih bermakna berbanding sebelumnya menyaksikan kehadiran beberapa pemain The Red Warriors antaranya penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Aktiviti CSR ini sejajar dengan falsafah korporat syarikat Yakult iaitu mencegah lebih baik dari mengubati, dengan usus yang sihat membawa kepada panjang umur serta memberikan kesihatan kepada semua orang dengan harga yang berpatutan.
Minuman susu kultur Yakult kini dinikmati oleh 35 juta penggemar di 38 buah negara di seluruh dunia.
Bakteria baik strain Shirota yang terkandung di dalam Yakult telah terbukti secara saintifik boleh membantu melancarkan pergerakan usus, meningkatkan sistem imun badan serta menghalang jangkitan.
Minuman Yakult di Malaysia dihasilkan sepenuhnya di kilang berteknologi tinggi di Seremban, Negeri Sembilan dan ditanggung Halal oleh JAKIM.
Sementara itu, jurulatih dari pihak NFDP daerah Kota Bahru, Harizan Hamid berkata, sumbangan sebegini mampu memberi impak yang besar kepada pemain muda di Kelantan kerana ada dalam kalangan mereka tidak mampu untuk memiliki kasut bola sendiri.
“Program ini juga mampu membakar semangat mereka untuk terus berusaha hu  hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya..