Wednesday, July 23, 2014

Majlis Penutupan Ihya Ramadan

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 24 Julai 2014,majlis penutupan ihya Ramadhan telah selamat dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun meriah.
Program Ihya Ramadhan telah dilancarkan pada 29Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435.Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengisi program Ihya Ramadhan ini.Antaranya ialah:
1.  Tazkirah harian,dilaksanakan pada setiap pagi sebelum bacaan doa maduk kelas.
2.Tazkirah di perhimpunan pada setiap hari Ahad
3.Tadarus al Quran bagi semua murid pada waktu rehat.
4.Kuiz Ramadhan-bertulis
5.Flyers Ramadhan
6.Pungutan wang zakat atau sumbangan kepada murid-murid miskin.
7.Majlis khatam al quran-kemuncak program.
Hari ini merupakan majlis kemuncak bagi Program Ihya Ramadhan yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam Skkk2.Para pemenang kuiz juga turut diberi hafiah pada hari ini.Hadiah juga turut disampaikan kepada para murid yang berjaya khatam mukaddam sepanjang bulan Ramadhan ini.Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga kepada Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Pn.Asliza bt Hasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...