Wednesday, July 17, 2013

Majlis Rundingcara Akademik Calon UPSR 2013

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 18 Julai 2013 satu majlis perjumpaan guru dengan ibubapa murid-murid tahun enam atau lebih dikenali dengan Majlis Rundingcara Akademik Calon UPSR 2013 telah diadakan dan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.Seramai 123 orang ibubapa telah berjaya menghadirkan diri dalam majlis ini.
      Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,Encik Ismail B Ibrahim.Tuan Guru Besar telah melaporkan keputusan Ujian Bulanan ke 3(UBB 3),diikuti dengan post mortem dan  head count.Dalam majlis ini juga Tuan Guru Besar telah banyak berkongsi tips-tips untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dengan ibubapa.Slide show yang ditayangkan beliau banyak memberi kesedaran kepada para ibubapa memainkan peranan untuk kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.Pihak Kecemerlangan Akademik juga telah bermurah hati untuk memberikan hadiah kecemerlangan kepada pelajar yang berjaya memperolihi 5A.Seramai 13 orang pelajar yang memperolihi 5A telah menerima hadiah.
     Seterusnya para ibubapa bergerak masuk ke kelas anak-anak masing-masing bagi berbincang dan berunding mengenai masalah yang dihadapi oleh anak-anak dalam pelajaran dan berkongsi tips-tips kejayaan anak-anak antara sesama ibubapa.Majlis ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Tuan Guru Besar dalam sesi pembentangan....

Perbincangan antara guru-guru subjek dengan ibubapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...