|
Murid-murid beratur menaiki bas.... |
|
|
|
hati-hati di jalan raya tau...jangan nakal-nakal! |
|
Tuan Guru Besar...memberikan sepatah dua ucapan.. |
|
Juruteknik komputer selaku pemudahcara dan pengerusi majlis.. |
|
ucapan YDP...sebagai pembakar semangat... |
|
khusyuk mendengar taklimat dan ceramah.. |
Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 13 dan 14 Jun 2012,satu Kem Kecemerlangan UPSR bagi sesi 2012 telah dilaksanakan di Dewan Kuliah 6 Hospital Universiti Sains Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan.Antara pengisian program ini adalah berfokuskan kepada Teknik Menjawab Soalan-soalan teras UPSR yang dikendalikan oleh para pemeriksa kertas yang mahir dalam bidang tersebut.Beberapa orang Guru Pakar dan pemeriksa kertas soalan telah diundang khas.Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Abdul Halim b Razali,diikuti dengan Majlis perasmian oleh YDY PIBG Skkk2,En.Raisnan b Daud,diikuti dengan taklimat program,sesi ice breakjing dan muhasabah diri oleh En.Faizul Afzan B Mamat,kemudian pada jam 10.00 hingga 12.00 tengah hari,diikuti pula dengan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu ( BTM Bahasa Melayu ) oleh Tuan Hj Muhamed Asri B. Ibrahim dari Sk Tapang.Majlis berhenti rehat untuk memberi laluan kepada para pelajar menunaikan solat zohor dan makan tengah hari.
Slot seterusnya diisi dengan sesi ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Termizi B Hj Musa,ketua sektor Psikologi dan Kkaunseling JPN Kelantan.Majlis ditangguhkan tepat jam 4.30 dan bersambung pula pada hari ke dua.
Di hari ke dua,sesi kecemerlangan dimulakan dengan Teknik Menjawab Soalan Matematik (BTM Matematik ) oleh En Rosli B Md Zin dari Sk Demit,diikuti oleh Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris ( BTM BI ) oleh Puan Azizon Bt Ab Aziz dari Sk. Sungai Petai.Semoga Kem Kecemerlangan UPSR yang diadakan pada kali ini akan dapat menjadi garis panduan serta membantu bakal calon UPSR 2012 dalam menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan menjelang UPSR nanti.Sekalung tahniah diucapkan kepada jawatankuasa" Kecemerlangan Akademik" dalam menjayakan program yang berprestij ini.