Monday, February 27, 2012

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 28 Februari 2012 - PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” Merupakan tema maulud tahun ini.Sk. Kubang Kerian 2 tidak melepaskan peluang meraikan maulidurrasul bersamaSambutan dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan perhimpunan murid di tapak perhimpunan,kemudian murid-murid berarak dari sekolah menuju ke sekitar taman perumahan -Taman makmur.Selawat pada kali ini diketuai oleh Ustaz Mohd Azman dengan diringi oleh beberapa orang guru pengiring.Mereka adalah En.Norasmadi,Puan Hjh Sharifah,Puan Johaini,Puan Mahura,En.Mohd Zaini dan PKP,En Mohd Arifin.Selesai sahaja berselawat,murid-murid di bawa masuk ke kawasan sekolah dan berehat sebentar sebelum dibawa masuk ke dewan.
     Jam 10.00 pagi mereka dibawa ke Dewan harmoni untuk acara dewan.Sementara guru lelaki menyiang daging,guru-guru wanita mengurus murid-murid untuk acara dewan.Murid-murid meneruskan aktiviti tayangan video di dewan dan diikuti dengan aktiviti mewarna mengikut kelas masing-masing bagi murid tahap satu.manakala murid-murid tahap dua meneruskan aktiviti dengan mendengar ceramah daripada penceramah undangan,iaitu Ustaz Muhammad B.Deraman.
     Tidak lengkap majlis tanpa jamuan.Seterusnya murid-murid dijamu dengan juadah khusus maulud bagi  melengkapkan sambutan maulud ini.Mereka berbaris untuk mengambil nasi dan air minuman untuk dimakan dan diminum bersama.Guru-guru,YDP PIBG dan AJK PIBG pula dijamu dengan juadah yang istimewa.Dengan jamuan guru dan dif-dif jemputan,maka berakhirlah majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah bagi sesi 2012.Semoga sambutan yang sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.Sama-samalah kita mengingati hari keputeraan junjungan besar kita Nai Muhammad s.a.w.Sesungguhnya Maulidur Rasul sebenarnya bertujuan mengembalikan dan menyegarkan  semula perasaan mencintai Islam yang dibawa Rasulullah, seterusnya membulatkan pengabdian diri kepada TUHAN semesta alam.Antara tujuan yang hendak dicapai ialah; mencintai ALLAH dan Rasul-NYA, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan memahami peranan sebagai Khalifah.......Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran daripada sambutan maulidurrasul yang kita sambut ini.

selawat ke atas nabi junjungan sekitar sekolah melewati Taman makmur...
Memasuki kawasan sekolah setelah penat berarak....

speaker yang turut ditarik menggunakan troli khas...

ketua siaraya sedang mengangkat speaker board yang digunakan untuk selawat
Add caption

Ustaz Mohd Azman sedang memberii taklimat bagi majlis seterusnya....
Pkp sedang menyampaiakan ucapan maulud
Guru-guru lelaki sedang menyiang daging......
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...