Tuesday, February 28, 2012

Linus Saringan 1

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2 - Tanggal 29 Februari 2012,guru-guru Tahun 1 tidak melepaskan peluang untuk menjalankan saringan Linus ( literasi) tak kira walau di mana berada. Bagi guru Tahun 1 Puan Alwana mengambil kesempatan mengadakan saringan pertama di tepi padang sekolah,memandangkan suasana di sini amat kondusif.
Cikgu Alwana sedang membuat saringan pertama kepada murid-muridnya........


Monday, February 27, 2012

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 28 Februari 2012 - PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” Merupakan tema maulud tahun ini.Sk. Kubang Kerian 2 tidak melepaskan peluang meraikan maulidurrasul bersamaSambutan dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan perhimpunan murid di tapak perhimpunan,kemudian murid-murid berarak dari sekolah menuju ke sekitar taman perumahan -Taman makmur.Selawat pada kali ini diketuai oleh Ustaz Mohd Azman dengan diringi oleh beberapa orang guru pengiring.Mereka adalah En.Norasmadi,Puan Hjh Sharifah,Puan Johaini,Puan Mahura,En.Mohd Zaini dan PKP,En Mohd Arifin.Selesai sahaja berselawat,murid-murid di bawa masuk ke kawasan sekolah dan berehat sebentar sebelum dibawa masuk ke dewan.
     Jam 10.00 pagi mereka dibawa ke Dewan harmoni untuk acara dewan.Sementara guru lelaki menyiang daging,guru-guru wanita mengurus murid-murid untuk acara dewan.Murid-murid meneruskan aktiviti tayangan video di dewan dan diikuti dengan aktiviti mewarna mengikut kelas masing-masing bagi murid tahap satu.manakala murid-murid tahap dua meneruskan aktiviti dengan mendengar ceramah daripada penceramah undangan,iaitu Ustaz Muhammad B.Deraman.
     Tidak lengkap majlis tanpa jamuan.Seterusnya murid-murid dijamu dengan juadah khusus maulud bagi  melengkapkan sambutan maulud ini.Mereka berbaris untuk mengambil nasi dan air minuman untuk dimakan dan diminum bersama.Guru-guru,YDP PIBG dan AJK PIBG pula dijamu dengan juadah yang istimewa.Dengan jamuan guru dan dif-dif jemputan,maka berakhirlah majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah bagi sesi 2012.Semoga sambutan yang sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.Sama-samalah kita mengingati hari keputeraan junjungan besar kita Nai Muhammad s.a.w.Sesungguhnya Maulidur Rasul sebenarnya bertujuan mengembalikan dan menyegarkan  semula perasaan mencintai Islam yang dibawa Rasulullah, seterusnya membulatkan pengabdian diri kepada TUHAN semesta alam.Antara tujuan yang hendak dicapai ialah; mencintai ALLAH dan Rasul-NYA, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan memahami peranan sebagai Khalifah.......Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran daripada sambutan maulidurrasul yang kita sambut ini.

selawat ke atas nabi junjungan sekitar sekolah melewati Taman makmur...
Memasuki kawasan sekolah setelah penat berarak....

speaker yang turut ditarik menggunakan troli khas...

ketua siaraya sedang mengangkat speaker board yang digunakan untuk selawat
Add caption

Ustaz Mohd Azman sedang memberii taklimat bagi majlis seterusnya....
Pkp sedang menyampaiakan ucapan maulud
Guru-guru lelaki sedang menyiang daging......
 

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 

Program Guru Penyanyang Sekolah Selamat

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 27 februari 2012_ Satu Majlis  "Guru Penyanyang Sekolah Selamat"


Saturday, February 25, 2012

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 26 Februari 2012,Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana tapi  meriah.Dirasmikan oleh Yang Setia Pengarah Hal Ehwal Awam,IPD Kota Bharu Sikh Mahamood b Sikh Ali.Seramai 250 orang peminpin muda yang terdiri daripada pengawas sekolah,(82 orang)Briged Bestari (34 orang),Pengawas Pusat Sumber( 57 orang ),Pembimbing Rakan Sebaya( 29 orang ) dan ketua serta penolong ketua darjah ( 48 orang) telah menerima watikah pelantikan masing-masing.
      Antara objektif diadakan majlis watikah ini adalah :
1.Para pemimpin kecil akan dapat merasakan diri mereka diiktiraf dan diakui di peringkat sekolah.
2.Memikul dan menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan jujur dan berdisiplin.
3.Mengenali potensi diri mereka sebagai pemimpin pelajar yang cemerlang dan bermotivasi.
4.mampu menjadi seorang yang menghargai dan menepati masa.
5.Menjadi individu yang perihatin,positif dan menghormati keunikan orang lain.
6.mampu berinteraksi dengan baik agar mereka lebih berdiplomasi dalam menjalankan tugas.
Semoga dengan adanya majlis Watikah Pelantikan ini semua objektif yang disenaraikan di atas akan dapat dicapai oleh setiap pemimpin pelajar Skkk2.Itulah luahan dan harapan daripada para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar Skkk2,PK HEM,Unit Kaunseling dan juga guru-guru Skkk2."Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia."

Yang Setia Sikh Mahamood B.Sikh Ali sedang meneliti buku program dan perjalanan majlis

Tuan Guru Besar bersama Yang Setia Sikh Mahamood sedang menyampaikan sijil pelantikan....

Puan Halimah Bt Abdullah Kutty (PK HEM ) sedang menyampaikan sijil pelantikan kepada pemimpin cilik.

Ikrar Pemimpin Sekolah diketuai oleh ketua pelajarSyamil Ikhwan B. Noor Azman

Para Pemimpin Sekolah sedang melafazkan ikrar

nyanyian lagu sekolah sedang berkumandang

Slot motivasi bersama Abati En.Mohd zaini B.Zakaria,kaunselor Skkk2

Monday, February 20, 2012

UBB1 Sesi 2012

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Selamat Menempuh UBB 1 kepada murid-murid  Skk2 dari Tahun 3  hingga tahun 6.Semoga anda dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan penuh ketenangan dab beroleh kejayaan yang cemerlang !!!


Saturday, February 18, 2012

Hadiah Pra Saringan 4( ort 2 Negeri Kelantan,Peringkat PPD Kota Bharu

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2-Tanggall 19 Februari 2012-Satu majlis penyampaian cendera hati Pra Saringan 4 Kohort 2( Numerasi)Negeri Kelantan,Peringkat PPD Kota Bharu telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran bersama Pengerusi Linus Puan Hjh Noraini Bt Ismail.Seramai 4 orang murid Tahun Dua telah menerima sijil penghargaan dan hadiah xaripada pihak PPD dan juga sekolah.Mereka adalah Adik Iskandar B.Zakaria,Wan Nur Aishah BtWan Suhaimi,Nur Alya Mysarah Bt Mohd Ariff Hazilah dan M.Faris Ezuan b M.Noor.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya melepasi tahap saringan ini.Kepada mereka yang  belum berjaya,ga dakan usaba anda agar dapat memperolihi kejayaan yan g cemerlang....
Murid-murid yang berjaya bersama Pengerusi & Setiausaha LINUS dan Tuan PKP Skkk2


Penyampaian Hadiah Kokurikulum

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...

Saturday, February 11, 2012

Blog Skkk2 Dalam Proses Selenggara

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Untuk makluman Tuan/Puan : Mulai 08 Feb 2012 Blog Skkk2 dalam proses selenggara.jika terdapat sebarang gangguan atau ketidakstabilan sistem,maka pihak admin memohon jutaan kemaafan.Segala kesulitan adalah dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Thursday, February 9, 2012

Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid tahun 6

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.kubang Kerian 2- Tanggal 11 Februari 2012,Satu majlis Perjumpaan Ibubapa Murid tahun 6 dengan guru-guru dan pentadbir atau Barisan Skuad Kecemerlangan Akademik telah diadakan dengan jayanya di Dewan Harmoni.Jumlah bakal calon UPSR bagi tahun ini adalah seramai 143 orang.lebih kurang 95% ibubapa yang hadir ke majlis.
     Majlis dimulakan dengan doa pembuka majlis oleh Ustaz Azman B.Mat Zin,kemudian diikuti dengan  ucapan Ybrs YDP PIBG Encik Nik Raisnan B.Hj Daud.Dalam ucapannya Encik Raisnan sangat berbesar hati dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan cemerlang Skuad Kecemerlangan Akademik yang telah berjaya melonjakkan pencapaian cemerlang calon UPSR pada tahun lepas.Beliau juga berjanji akan sentiasa memberi sokongan yang padu kepada para guru dan pihak pentadbir sekolah dalam usaha melonjakkan lagi pencapaian murid dalam UPSR nanti.Beliau juga berharap agar pihak sekolah tidak akan teragak-agak untuk berkongsi masalah atau kesusahan dengannya yang merupakan wakil daripada pihak ibubapa dalam menggembeling usaha dan tenaga ke arah kejayaan anak-anak didik Skkk2.
      Seterusnya diikuti pula dengan ucapan dan taklimat UPSR oleh Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B.Ibrahim.Tuan Guru Besar telah membentangkan "Head Count " yang merangkumi analisis UPSR tahun 2011,target setiap mata pelajaran dann target am.Tuan Guru Besar juga telah mensasarkan jumlah pelajar yang akan mendapat 5A pada tahun ini adalah seramai 60 orang.Dengan target yang sebegini,sudah semestinya memerlukan gembelingan usaha dan tenaga yang berlipat ganda daripada guru-guru Skkk2,khususnya "Skuad Kecemerlangan Akademik Skkk2".
      Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog yang mendapat sambutan yang hangat daripada para ibubapa.Para ibubapa diberi peluang untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dalam pelajaran bersama-sama dengan guru mata pelajaran mereka.
       Perjalanan majlis dirasakan tidak lengkap tanpa adanya ceramah motivasi untuk murid-murid.Cermah motivasi telah diberikan oleh kaunselor Skkk2 yang tidak asing lagi,Encik Mohd Zaini B.Zakaria.Beliau telah banyak memberikan dorongan semangat,cara-cara membahagikan masa dengan baik dan betul,cara-cara menjaga pemakanan yang berkhasiat dan sebagainya termasuklah untuk menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat.Majlis ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan ibubapa serta murid-murid dijamu dengan sedikit juadah."Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini akan sentiasa diteruskan bagi menaikkan semangat anak-anak didik Skkk2 ke arah kecerlangan akademik dan seterusnya bakal menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat"
Doa pembuka majlis oleh Ustaz Azman
Ucapan YDP PIBG SKKK2 Ybrs Encik Nik Raisnan Daud



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...