Wednesday, November 16, 2011

Jamuan Akhir Tahun

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 16 November 2011,Satu majlis Makan Tengah Hari telah diadakan di Restoren Syam sempena tamatnya sesi persekolahan bagi tahun 2011.majlis makan tengah hari ini dihadiri oleh staf akademik,bukan akademik,staf sokongan dan juga AJK PIBG Skkk2.
    Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan makan bersama-sama,kemudian di akhiri dengan ucapan atau mandat perpisahan daripada Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.Tuan Guru Besar telah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sumbangan guru-guru Skkk2 dalam merealisasikan dan juga ko kurikulum di Sk.Kubang Kerian 2.Segala jasa bakti yang guru-guru dan kakitangan serta jawatankuasa PIBG sumbangkan selama ini amat dihargai dan semoga mendapat  ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Azzawajalla.Akhir sekali hayatilah bait-bait pantun khas ditujukan kepada seluruh warga Skkk2:

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik 

Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa 

Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut 

Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi


Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

sedang mendengar ucapan drp GB...makanan dah habissss
Salam perpisahan....Selamat bercuti!!!...
Sempat posinggggg
AJK PIBG Skkk2...
Sembang-sembang...
Tak melepaskan peluang...bergambar bersama guru yang telah bertukar...Pn.Noor Hasni
Sempat begambar kenangan bersama Pn.Noor hasni dan mantan PK HEM Pn.Kamariah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...