Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 21 September 2011,Sk Kubang Kerian 2 mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan Puan Norhasni Bt.Ismail sebagai Pk Ko Kurikulum di Sk Gong Dermin.Di sebalik ucapan tahniah,terselit rasa terkilan dan kepiluan yang teramat di hati warga Skkk2,memandangkan Puan Norhasni adalah salah seorang guru yang dedekasi dan beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap Skkk2.Perkhidmatan Puan Norhasni di sini sudah menjangkau 20 tahun dan selama beliau berada di sini,telah banyak jasa dan bakti yang telah ditaburkan ke atas sekolah ini khususnya dalam "Menggemilangkan Akademik" Skkk2 dan beliau merupakan salah seorang dari tulang belakang Skkk2.Tanpa beliau,maka Skkk2 benar-benar kehilangan insan guru yang sangat berdedekasi dan kreatif .
Satu majlis khas telah diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Norhasni sekaligus sebagai jamuan perpisahan telah diadakan di Skkk2.Puan Norhasni telah diberi peluang untuk berucap di hadapan murid-murid,sebelum beliau melangkah meninggalkan Skkk2.
Puan Norhasni dihantar ke Sk.Gong Dermin oleh guru-guru Sk.Kubang Kerian 2 sebanyak 7 buah kereta dengan membawa 5 buah par dan dibalas dengan 5 buah par dari Sk.Gong Dermin.Rombongan dari Sk.Kubang Kerian 2 dijamu dengan makan tengah hari sebagai meraikan tetamu yang datang.terima kasih di atas jamuan yang istimewa ini.
Kepada Cikgu Norhasni,pesan kami semua " Bila burung terbang ke sarang,ceriterakanlah khabar yang baik-baik tentang sarang lama,tutuplah segala keaiban...." Sesungguhnya jasa dan bakti Puan Norhasni akan tetap dikenang oleh warga Skkk2.Meskipun kita terpisah,namun hati kita masih tetap bersatu dalam tautan ukhwah Islamiah yang pastinya tiada penghujungnya....Semoga Cikgu Norhasni tetap menabur jasa dan bakti di sekolah baru dan jangan sekali-kali melupakan kami di sini....
Hadiah kenang-kenangan drp warga Skkk2
|
Terimalah ianya dengan seikhlas hati |
|
Gb mewakili warga Skkk2...turut menyampaikan hadiah kepada Cikgu Norhasni |
|
hadiah drp JQAF |
|
Penyerahan tugas |
|
|
par...sebanyak 5 buah par |
|
salam perpisahan dari kami semua................... |