Saturday, July 2, 2011

Majlis Semarak Kasih-Perpisahan PK HEM

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 3 Julai 2011,satu Majlis Perpisahan antara guru-guru,para pentadbir sekolah, dan murid-murid telah berrlangsung dalam keadaan yang cukup memilukan.Puan Kamariah Bt.Yusoff telah memulakan khidmatnya di Skkk2 sejak tahun 2008.Selama  tempoh berada di sini,yakni lebih kurang 2 tahun 8,beliau telah menunjukkan khidmat yang cemerlang dan sangat disegani oleh para guru dan murid-murid serta ibubapa.
        Sepanjang berkhidmat di sini,Pn.Kamariah sempat melalui zaman bersama tiga orang guru besar,iaitu,Pn.Sabariah,Tuan Hj.Che Zaudin Ismail dan En.Ismail B.Ibrahim.
        Seawal jam 8.00 pagi,satu majlis bersama guru-guru telah diadakan di Bilik Wawasan Skkk2.Puan Kamariah diminta memberikan ucapan terakhirnya ssebagai penamat perkhidmatannya di sini.Dalam ucapan khasnya,beliau melahirkan rasa terharunya untuk berpisah dengan warga Skkk2 yang rasanya sudah sebati dengan pentadbirannya.Walaupun tiap pertemuan itu ada perpisahan,tiap yang mula akan berakhir,namun pemergian Puan Kamariah akan cukup terasa buat seluruh warga Skkk2. Lantaran sikap dan kepimpinannya yang dedikasi dan cakna murid serta guru,menyebabkan seluruh warga Skkk2 amat berat untuk melepaskan beliau pergi.Cuaca yang mendung hari ini seolah-olah turut merasa kepilauan dan kepedihan yang kami tanggungi ini.Seepas lebih kurang 3 bulan kami kehilangan Guru besar yang amat kami sayangi,Tuan Hj.Che Zaudin Ismail yang telah bersara pada awal mac 2011 baru-baru ini.Apa pun kami terpaksa akur kerana sudah menjadi lumrah..."Tiap yang mula akan berakhir dan tiap pertemuan itu pasti jua berakhir dengan perpisahan..." Namun,jauh di sudut hati kami,kami amat meratapi kehilangan tokoh-tokoh pemimpin yang berjiwa rakyat dan berdedikasi serta cakna murid ini.Apapun harapan kami semua...semoga yang patah itu akan tumbuh,dan yang tumbuh itu akan lebih subur daripada yang telah patah.
          

                               Puan Kamariah sewaktu memberi ucapannya kepoada guru-guru skkk2
          Seterusnya majlis diteruskan dengan perhimpunan murid di tapak perhimpunan bagi mendengar ucapan perpisahan daripada Puan Kamariah.memandangkan hujan turun dengan renyai-renyai,majlis terpaksa dipindahkan lokasinya di kantin sekolah.Diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran yang menyatakan kesayuannya berpisah dengan Puan PK HEM dan juga melahirkan rasa bangganya terhadap prestasi kerja yang telah ditunjukkan oleh Puan PK HEM sepanjang beliau berada di sini.
        Puan PK HEM telah menerima pelbagai hadiah dan cendera hati daripada pihak sekolah termasuklah unit-unit Kokurikulum,Unit Kurikulum,unit HEM,mewakili pantia-panitia,Kelab Guru,hadiah perseorangan dan juga dari semua murid yang diwakili oleh ketua bagi setiap aliran,dari tahun 1 hingga tahun 6.Semuanya tampil menyampaikan hadiah bagi mewakili kelas masing-masing.Terimalah hadiah-hadiah dari kami ini seadanya.Anggaplah ianya sebagai sesuatu yang istimewa untuk dikenangkan dalam hidup Puan,kerana semua pemberian ini adalah lahir dari hati kami yang ikhlas dan sememangnya kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Puan,sudah pasti tidak akan terbalas.hanya ini yang mampu kami berikan.
        Detik 11.00 pagi 2011 menyaksikan betapa Puan Kamariah sangat disayangi oleh para guru dan murid dengan perhimpunan murid dan kesudian mereka berbaris dalam barisan yang panjang,meskipun dalam rintik-rintik hujan.Langit seolah mengerti akan kepiluan di hati kami,cuaca yang mendung ini bagaikan simbolik terhadap beratnya hati kami melepaskan dikau pergi.....sambil bersalam-salaman dengan Puan Kamariah serta melambai-lambaikan tangan tanda perpisahan...
        Pemergian Puan Kamariah telah dihantar oleh romboongan dari Skkk2 sebanyak 6 buah kereta dan disambut dengan meriahnya di sana.Kami dihidangkan dengan juadah yang istimewa di sana.Terima kasih pihak Skkk2 ucapkan di atas layanan yang telah diberikan oleh pihak Sk.Peringat.semoga dengan pemergian mantan PK HEM kami ke sana akan menjadikannya sebagai jambatan persahabatan antara dua buah sekolah yang bernaung di bawah satu jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.       
  Kami seluruh warga Skkk2 sangat merasa kehilangan Puan.Ketahuilah berapa berat mata memandang,berat lagi bahu kami memikul dan menggalasi bebanan perpisahan ini.Doa kami semua,semoga Puan PK HEM terus menjalankan khidmat cemerlangnya di sekolah barunya.Beruntunglah Sk.Peringat yang bakal menerima kedatangan Pn.kamariah dalam organisasi sekolah mereka.Kepada Puan kamariah,jangan lupa  kami di sini dan sentiasalah menziarahi kami meskipun di alam maya atau siber."Selamat Menjalankan Tugas Dengan Penuh Dedikasi,Jadilahlah Pemimpin Yang Terbaik dan Jadikan Mantan GB( Tuan Hj.Che Zaudin Ismail) kita Sebagai Idola".......
                                Gelagat guru-guru sewaktu mendengar ucapan terakhir PK HEM di Bilik Wawasan

                                                               Hadiah drp Kelab Guru Skkk2
                                                                  Hadiah personal guru...drp Cikgu Hj.Aminudin
                                                                           Hadiah personal guru...Pn.Salmiah
                                                                                       Wakil Murid Tahun2
                                                                      Lambaian terakhir sebelum meninggalkan Skkk2
                                                    PKP mengiringi PK HEM ke kereta untuk dihantar ke Sk.peringat
                                  Dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan....terima kasigh warga Sk.peringat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...