Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 27 Julai 2011 satu kem "Rehat Minda dan Motivasi Pelajar "telah diadakan di Jeram Pasu dengan penyertaan seramai 167 orang calonn UPSR 2011.Dimulakan dengan motivasi di sebelah paginya oleh En.Mohd Zaini B.Zakaria yang merupakan guru kaunseling Skkk2.dalam sesi motivasi ini,Cikgu Mohd Zaini telah banyak memberikan kesedaran terhadap pentingnya menjaga masa dan mengagih serta membahagikan masa antara belajar dengan rutin harian murid.Baginya "kejayaan yang cemerlang akan dapat dicapai oleh insan biasa yang berusaha luar biasa"Inilah kata-kata semangat yang selalu disematkan di minda murid-murid Skkk2.
Selepas majlis motivasi ini,murid-murid terus mandi-manda di jeram yang dingin dan mendamaikan ini.Dari riak wajah dan gelagat mereka,jelas terpancar sinar kegembiraan dan kegirangan,bagaikan segala bebanan belajar yang ditanggung selama ini hilang bersama terjunnya air di jeram ini.Jerit pekik dan keriuhan murid-murid bermandi-manda ini turut dirasakan oleh guru-guru pengiringnya seperti Pk HEM(Puan Halimah Bt.Abdullah Kutty),Cik Nurul Hanani Bt.Mohd Nor,Puan Nurul Hidayat Ibrahim,En.Mohd Azlaihan Ismail,Pn.hjh Che Azizah Bt.Daud,Puan Junaidah Bt.Ahmad,Ustaz Zaki,En.Abdul Wahab ,En.Roslan,Ustaz Halim Hj.Razali,Puan Midah Bt.Ab.Lah,Puan Che Faridah Bt.Abdullah dan barisan guru pelatih yang sangat-sangat memberi kerjasama,En.Mohd Sharmin Mohd Shaari,En.Fauzul Azmi .Tahniah diucapkan kepada semua di atas kejayaan penganjuran Kem Relax Minda pada kali ini.Semoga usaha-usaha murni ke arah melapangkan pemikiran murid dapat diseimbangkan dengan pecutan akademik di kalangan pelajar dapat diteruskan lagi bagi memastikan kejayaan murid-murid adalah dengan usaha yang padu dan seimbang antara akademik dengan penyuburan rohani dan minda.Pecutan akademik yang dilakukan selama ini moga-moga tidak membebankan minda murid dan bakal calon UPSR 2011 dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada UPSR yang bakal tiba pada bulann September nanti.Demikian,ujar Puan Halimah Bt.Abdullah Kutty selaku Penolong Kanan HEM Skkk2.