Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 31 Januari ,sebagai penutup tirai bulan Januari,satu majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Butiran hujan yang turun tidak menghalangi perjalanan majlis ini.Seperti tahun-tahun terdahulu,seawal pagi,murid-murid tahap 2 telah berarak mengelilingi Taman Perumahan sekitar sekolah.Perarakan pada kali ini diketuai oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin dan ustaz Mohd zaki Yaakub.Turut sama dalam perarakan ini adalah Puan PK Kokurikulum,Puan Hjh Rusnani Bt Deris dan beberapa orang ustazah JQAF.Manakala murid tahap 1 berada di Dewan Harmoni.Mereka disajikan dengan tayangan maulidurrasul yang diketuai oleh Tuan Hj.Aminudin B Mohammed dan jawatankuasanya.
            Guru-guru lelaki bersama para pekerja pula sibuk melapah daging dan memasak nasi.Seekor lembu telah ditumbangkan bagi menjamu para murid,guru-guru , pekerja dan juga AJK PIBG.Selesai sahaja berselawat sambil berarak,murid-murid Tahap 2 berhimpun di kantin untuk meneruskan selawat.Mereka kemudiannya di bawa ke dewan untuk mengikuti ceramah maulidurrasul,manakala murid-murid Tahap 1 mengikuti pertandingan mewarna di dalam kelas maing-masing.Jam 12.00 murid-murid sudah dapat menikmati juadah yang selalunya dinanti-nantikan oleh para murid.mereka begitu gembira sekali dapat menikmati juadah yang dimasak sendiri oleh para guru dan pekerja sekolah serta beberapa orang ibubapa.Sekalung penghargaan diucapkan buat jawatankuasa yang menganjur majlis ini,Panita Agama Islam dan JQAF serta jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En Raisnan B Daud yang telah sudi menyumbang seekor lembu,jua kepada JITU Ayam,yang telah menyumbangkan ayam buat juadah kali ini.Semoga Allah memberkati pemberian dan sumbangan daripada anda semua.
Seekor lembu telah berjaya ditumbangkan....
bersedia untuk perarakan....
Perarakan diketuai oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin...
Antara sepanduk-sepanduk yang dibawa berarak....
Wajah-wajah ceria anak-anak Skkk2 mengalunkan selawat ke atas junjungan besar kita.....
acara dewan sedang berlangsung...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...