Thursday, November 8, 2012

Majlis Graduasi Tahun 6 Dan Prasekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 9 November 2012,majlis graduasi murid-murid Tahun 6 telah diadakan serentak dengan prasekolah.Ianya berjalan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah Kegembiraan dan kegirangan  jelas terpancar di wajah anak-anak yang belum mengenal erti dukacita ini.majlis graduasi ini sekaligus merupakan majlis penamat bagi pemngajian mereka di alam prasekolah manakala bagi murid Tahun 6 pula,bakal meninggalkan alam persekolahan rendah,menuju ke alam sekolah menengah.Pelbagai cara mereka mengekspresi diri bagi melahirkan perasaan yang terbuku di hati.ada yang menulis pada baju sendiri,bertukar-tukar menulis pada baju rakan-rakan seolah-olah autograf benar-benar menunjukkan mereka sangat teruja dengan perpisahan yang bakal dilalui beberapa detik ."Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga Skkk2"
Murid-murid prasekolah(A) bergambar kenangan bersama para pentadbir dan guru mereka

Murid-murid prasekolah(B) bergambar kenangan bersama para pentadbir Skkk2 dan guru serta PPM mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...