Sunday, September 16, 2012

PENUTUP SAMBUTAN MERDEKA

Persembahan Kemerdekaan daripada murid-murid Tahap 2 perempuan
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 17 September 2012,Satu Majlis penutup bagi sambutan merdeka telah diadakan dan disambut dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Muhamad Zin.Majlis diteruskan dengan ucapan semangat daripada Penolong Kanan Pentadbiran,En Mohd Ariffinn B Yaakub.Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa puas hatinya terhadap majlis sambutan kemerdekaan yang telah berjalan dalam keadaan meriah dan berjaya.Pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ucapan perasmian majlis Penutup Bulan Kemerdekaan oleh PKP Skkk2,En Mohd Ariffin Yaakub
Majlis dipengerusikan oleh Puan Roshaimah Bt Deraman
Puan Pk HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty sedang meneliti tentatif program...
Hasil kerja murid yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan
Para pemenang "Penghasilan Buku Skrap"
Pemenang "Peraduan Mewarna" tahap satu...
Pemenang Tahap Satu....
                  Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti peraduan mewarna jalur gemilang bagi tahap satu,pertandingan membuat buku skrap mengenai kemerdekaan,nyanyian lagu merdeka dan persembahan kumpulan.
Apa yang diharapkan daripada program ini adalah memupuk nilai-nilai kesetiaan,kasih sayang dan rasa penghargaan terhadap negara kita MALAYSIA....
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...