Saturday, June 23, 2012

Hadiah Kebersihan Dan Keceriaan Kelas

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 24 Jun 2012,penyampaian hadiah "Kebersihan dan Keceriaan Kelas" bagi sesi Bulan Mei dan Jun 2012 telah disempurnakan di tapak perhimpunan Skkk2.Bagi katogeri Tahap 1,juara kebersihan dan keceriaan telah disandang oleh kelas Tahun 1 Terbilang.Ketua darjah dan guru kelasnya Pn. Roslizawati telah tampil ke pentas untuk menerima sijil penghargaan dan wang sumbangan daripada Unit HEM Skkk2.Manakala juara bagi katogeri Tahap 2 telah disandang oleh kelas Tahun 6 Gemilang.

Ketua Kelasnya bersama guru kelas,Pn.Nor'in telah dijemput ke pentas untuk menerima sijil penghargaan dan sumbangan wang.Puan PK HEM Skkk2,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty telah menyempurnakan acara tersebut.Sekalung tahniah diucapkan kepada kelas yang berjaya,jua kepada guru kelas yang telah bertungkus-lumus menyahut cabaran pertandingan kebersihan dan keceriaan ini.Kepada kelas yang kurang berjaya,jangan berputus asa,cuba lagi untuk bulan-bulan hadapan dan seterusnya.

Juara kebersihan tahap 2...Pn Nor'in bersama ketua kelas Tahun 6 Gemilang semasa menerima sijil penghargaan dan hadiah drp Puan PK HEM,Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty....Tahniah!!!

Ketua darjah Tahun 1 Terbilang bersama guru kelasnya Pn Roslizawati sedang menerima sijil penghargaan dan hadiah drp Puan PK HEM ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...