Sunday, March 4, 2012

Lawatan Penanda Aras -Bina Insan Guru IPGM Kampus Kota Bharu

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
 Tanggal 05 march 2012- Sk.kubang Kerian 2 telah berkenan menerima kunjungan lawatan penanda aras yang lebih menekankan kepada "Bina Insan Guru ( BIG)".Seramai 37 orang guru pelatih bersamapensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan dan program mereka di sini.Kumpulan pertama terdiri daripada 17 orang guru pelatih yang diketuai oleh En.Ishak B.Ibrahim dan En.Mohd Sahardi B.Che Harun yang merupakan pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu Kampus Kota Bharu.
Sesi pembentangan oleh Puan Pk HEM dan PKP
GPB dalam sesi soal jawab mengenai kepenggunaan ICT dalam PnP
        Kumpulan pertama ini mengikuti sesi taklimat "Gaya Kepimpinan Sekolah" yang meliputi iklim atau budaya sekolah,ciri-ciri kepimpinan sekolah dan juga infrastruktur kurikulum di sekolah.Majlis ini  dikendalikan oleh PKP Skkk2,En.Mohd Arifin B. Yaacob bersama PK HEM,Puan Halimah Bt.Abdullah Kutty dan PK Ko,Puan Hjh Rusnani Bt.Deris.Mereka bersama membentangkan corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah.Para pelatih kemudiannya diberi peluang untuk berdialog dengan para pentadbir,guru-guru dari Skuad Kecemerlangan Akademik.Para pensyarah juga tidak kurang mengambil bahagian dalam sesi dialog ini.Selepas menjamah sedikit jamuan ringan,kumpulan pertama ini melawat sekitar kiosk pembelajaran.Kiosk yang mereka lawati adalah Bilik Sains,Makmal Komputer,Pusat Akses,Bilik JQAF dan Bilik Kaunseling.Selepas itu mereka beredar ke kantin untuk bersama kumpulan ke dua yang terdiri daripada 20 orang pelatih IPGM.
         Kumpulan ke dua ini mengadakan sesi bersama murid yang merupakan "Program Khidmat Masyarakat-Fasa iii ".Di akhir majlis Tuan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu telah berkenan menutup majlis ini dengan melahirkan rasa bangga dan puas hatinya terhadap kejayaan program yang dilaksanakan oleh para pelatihnya dan tidak lupa merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir Sk Kubang Kerian 2 yang sudi memeberi kerjasa yang padu dalam menjayakan program ini.
Encik Ishak dan En Sahardi..pensyarah IPGM kampus Kota Bharu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...