Saturday, January 6, 2018

Orientasi Disiplin

Sk Kubang Kerian 2 _ Tanggal 7 Jan 2018 sempena perhimpunan pertama sesi 2018 satu sesi orientasi disiplin telah dilaksanakan dengan jayanya di bawah Unit HEM pimpinan Pn Salihah bt Zakaria.Taklimat disiplin telah disampaikan oleh Pn Zarima Bt Amir selaku Guru Penasihat Pengawas dan Disiplin sekolah.Semua peraturan sekolah telah diberi taklimat oleh Pn Zarima Bt Amir.Tahniah diucapkan kepada Unit HEM yang telah berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya.Sama-sama kita martabatkan disiplin sekolah di bawah pimpinan guru besar yang hebat En.Yaman b Yacob.

Perhimpunan Pertama Sesi 2018

Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 7 Jan 2018 perhimpunan pertama sesi 2018 telah disempurnakan dengan jayanya dan dalam suasana yang sangat harmoni memandangkan semua guru dan murid sangat teruja untik memulakan sesi pengajian baru ini.
Pn. Norlaili Bt Harun srlaku Pk Kokurikulum telah memperkenalkan 3 orang guru baharu yang ditugaskan di Skkk2. Meraka ialah Pkp En Mohd Suhaimi b. Abdullah dari Sk.Demit 2,En.Sabri b Che Ali dari Sk.Bukit Marak dan Pn Rosmaria bt Mat Esa dati Sk Alam Megah 3,Seksyen 28 Shah Alam.
Selamat bertugas di Skkk2 kami ucapkan kepada ke tiga-tiga orang guru baharu ini.Kami harapkan agar kita dapat bersama menggembelingkan usaha dan tenaga ke arah merealisasikan Transfornasi Sekolah V3 di bawah pimpinan Tuan Guru Besar En Yaman B Yacob.Kerjasama kita semua sangat diperlukan untuk menjayakan misi ini...in sya Allah.

Thursday, January 4, 2018

Sumbangan Derma Kematian

Sk Kubang Kerian 2 _ Tanggal 04 Jan 2018 PK HEM Skkk2 telah menyampaikan bantian atau sumbangan hasil kutipan drp guru-guru dan murid Skkk2 Pn Hjh Salihah bt Zakaria kepada keluarga murid :
Syifa n syaza  yang telah kematian ibunya yang mengidap penyakit kanser lidah.Takziah diucapkan kepada keluarga adik Sifa dan Syaza.Semoga kaluan tabah menerima ujian ini.Kami seluruh warga Skkk2 sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan dalam bidup Adik Syifa dan Syaza.

Tuesday, January 2, 2018

Taklimat Guru-guru Kelas

Sk Kubang Kerian 2 _ Tanggal 03 Jan 2018 satu taklimat guru-guru kelas telah diadakan di bilik gerakan Skkk2.Taklimat ini mengenai penambahbaikan  pengurusan kelas termasuk ehadir.

Monday, January 1, 2018

Guru Baharu

Sk Kubang Kerian 2 telah menerima seorang lagi guru baharu iaitu En Sabri b Ali  dari Sk Bukit Marak Kota Bharu Kelantan.Selamat bertugas diucapkan kepada En.Sabri b Ali.

Pemantauan Oleh PPD

Sk Kubang Kerian 2 _ Tanggal 01.02.18 sekolah kami telah dolawati oleh wakil PPD bagi membuat pemantauan RMTS dan pengurusan srkolah

Friday, December 22, 2017

Majlis Jalinan Kasih-Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah

Sk Kubang Kerian 2 _ Tanggal 23 December 2017 Malis Jalinan Kasih telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun  meriah .Serentak dengan itu pendaftaran Tahun 1 dan prasekolah telah  diadakan pada hari ini.
   Seawal jam 8.00 pagi para ibubapa telah berkumpul di dewan terbuka selepas itu mereka dibwa  ke  kelas manakala ibubapa pula  ke  kantin untuk sesi taklimat bersama PKP dan PK HEM.Selepas sesi  taklimat lbh kurang jam 10.00 pagi para ibubapa akan mendaftar anak-anak mereka dan mengambil peralatan menulis dan barang-barang keperluan serta buku teks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...