Tuesday, June 30, 2015

Sayonara Ustazah Nurul Hanani

Sk.Kubang Kerian 2-Sayonara diucapkan kepada Ustazah Nurul Hanani yang telah menamatkan perkhidmatannya di sini pada hari ni.Beliau akan memulakan tugas di sekolah baru pada 1 Julai 2015.Beliau ditugaskan untuk berkhidmat di Sk.Kampung Tasek,Pasir Puteh,Kelantan di mana sekolah ini adalah berdekatan dengan rumah beliau.Tahniah diucapkan kepada Ustazah Nurul Hanani di atas kejayaan permohonan pertukaran beliau ini.Pihak kami merasa sangat kehilangan salah seorang tenaga yang sangat berkaliber,terutama di dalam bidang kokurikulum.Buar Ustazah Nurul Hanani,terimalah untaian pantun daripada kami :

Hari in menugal jagung,

hari esok menugal jelai,

hari ini kita berkampung,

hari esok kita bercerai.


Kalau tidak kerana unggas,

tidaklah rusak padi di sawah,

kalaulah tidak kerana tugas,

tidaklah kita akan terpisah.


Orang Acheh sedang sembahyang,

Hari Jumaat tengah hari,

pergilah kasih,pergilah sayang,

pandai-pandailah menjaga diri.


Gunung Bintan lekuk di tengah,

sayang penyengat kubunya tiga,

hancur badan di kandung tanah,

budi kusanjung,kuingat jua.....


Ustazah Nurul Hanani bersama murid-murid kelasnya...

Bersalam-salaman bersama...mohon kemaafan..

pelbagai gaya murid-murid...

sedih dan sayu menjelang saat-sat perpisahan...

Saturday, June 27, 2015

Lawatan Verifikasi SSQS

Sk.Kubang Kerian 2-Lawatan untuk tujuan verifikasi SSQS(Smart School Qualification Standard) telah disempurnakan oleh Profesor dari Universiti Sains Malaysia bagi pihak Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran (Malaysia.)MOE telah mlantik Usains Holding Sdn.Bhd ( Usains) Sdn.Bhd dengan kerjasama Majlis Dekan Pendidikan IPTA (MDEC).Lawatan dan verifikasi ini telah diketuai oleh Dr.Jamal pensyarah USM.Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr.Jamal.

Hadiah Kecemerlangan

Sk.Kubang Kerian 1- Tanggal 28 Jun 2015 ,penyampaian hadiah kecemerlangan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Skkk2.Mereka adalah Awwab Murshyid dan Anis dari tahun 6 Cemerlang telah menerima sedikit sumbangan daripada Unit Kecemerlangan Skkk2 dan PIBG. Manakala seorang murid yang memperolihi kelulusan dan peningkatan dalam semua matapelajaran juga turut menerima hadiah.Beliau adalah Mohd Haiqal dari tahun 6 Terbilang.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, manakala bagi yang belum mencapai kecemerlangan sebagaimana yang disasarkan oleh Unit Kecemerlangan Akademik Skkk2, terus gandakan usaha anda.



Bengkel Menjawab Soalan UPSR


Sukan Tahunan


Sunday, May 17, 2015

Sambutan Hari Guru

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 18 Mei 2015 sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Skkk2 dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Dimulakan dengan nyanyian lagu "Guru-guru Malaysia",diikuti dengan perutusan KPM oleh PK HEM dan KPP oleh Puan PK Ko.Majlis diteruskan dengan lagi dengan ikrar guru.
      majlis berhenti rehat buat seketika bagi memberi laluan kepada para guru dan murid-murid makan serta minum.Diteruskan pula dengan acara padang.Kumpulan guru wanita bermain bola jaring dengan memakai kain pelikat,manakala guru lelaki pula bermain bola tampar.Masing-masing bermain mengikut pasukan yang telah ditetapkan.Seterusnya acara dewan mula mengambil tempat pada jam 11.30 dengan warna-warna persembahan yang pelbagai daripada para guru dan juga murid.Semua guru dan murid yang mengambil bahagian sangat memberi kerjasama dalam menjayakan tiap acara yang dirancang.Sekalung tahniah diucapkan kepada para jawatankuasa perancang yang diketuai oleh Pn PK Ko,Puan Norazlina Bt Abdullah yang merancang program in dan melaksanakan dengan jayanya.






Wednesday, April 15, 2015

Perkhemahan Agung Unit-unit Beruniform Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16-18 April 2015 Unit beruniform Skkk2 telah menganjur satu Perkhemahan Agung Unit-unit Beruniformyang terdiri daripada Pasukan Pengakap,Bulan Sabit Merah,Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja.Perkhemahan pada kali ini diadakan di Park Su Challet,Jeram Pasu,Pasir Putih.Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...