Tuesday, May 16, 2017

Sambutan hari Guru Peringkat sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 mei 2017 seluruh warga Skkk2 telah merayakan Hari Guru dalam suasana  yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,En Yaman b Yakob,kemudian diikuti oleh nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru-guru Skkk2.beberapa acara menarik daripad guru dan murid telah diadakan.Diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk murid-murid dan juga guru-guru.

Wednesday, May 3, 2017

Majlis Sambutan Guru Besar Baharu

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 3 Mei 2017 Skkk2 telah menerima kemasukan Tuan Guru Besar baharu,En Yaman B Yaacob dari Sk dari Sk Padang Garong 2.Beliau disambut dengan begitu gemberi dan meriah sekali oleh seisi warga Skkk2 yang telah kehilangan guru besar untuk beberapa laman.Seramai lebih kurang 20 orang guru Sk Padang garong 2 telah menghantar bekas guru besar mereka yang disayangi ini ke sekolah kami.
PKP kami Encik Abdul Aziz b Haron telah memulakan ucapan selamat datang kepada para tetamu yang mengiringi guru besar baharu kami,diikuti dengan ucapan balas oleh wakil Sekolah Kebangsaan Padang garong 2.Seterusnya Tuan Guru Besar pula memberikan sepatah dua ucapan.Harapan beliau agar semua warga Skkk2 menerima beliau dengan senang hati dan sedia bekerjasama dengan beliau dalam satu pasukan yang seterusnya boleh membawa perubahan yang hebat kepada Skkk2 memandangkan Skkk2 mempunyai kekuatan-kekuatan tertentu,Beliau juga sanggup bekerjasama dengan warga di sini demi menaikkan nama sekolah di persada negara.Diharapkan banyak kejayaan-kejayaan bakal Skkk2 capai di bawah pimpinan En Yaman B Yaacob ini.

Monday, April 10, 2017

Majlis Agihan Peranti YES 4G dan Pelan Data Guru

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 10 April 2017 Guru Penyelaras Bestari Skkk2 Pn Wan Ramlah Bt Daud  bersama PK HEM.Puan Salihah Bt Zakaria telah menghadiri Majlis Agihan Peranti YES 4G dan Pelan Data Guru yang berlangsung di PPD Kota Bharu.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybrs Tn.Hj.Jaafar b Ismail,Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.

Sunday, April 2, 2017

Majlis Persaraan Guru Besar Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 2 April 2017 satu majlis persaraan khas untuk Tuan Guru Besar Skkk2 telah diadakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah di mana pelbagai acara  gilang-gemilang telah diadakan.
Dimulakan dengan dengan sambutan ketibaan Tuan Guru Besar di dataran perhimpunan,kemudian dibawa masuk ke Dewan Harmoni dengan diiringi paluan kompang bersama murid-murid yang ditugaskan.Acara gimik diteruskan dengan upacara membasuh kaki menggunakan air dari tempayan,diikuti dengan guru besar menarik tali bunting selamat berpisah diiringi tepukan yang gemuruh dari warga sekolah.
kemudian bacaan doa diteruskan oleh Ustaz Mohd Azman B mat Zin.Tuan Guru Besar En Ismail b Ibrahim telah memmberi ucapan terakhirnya,kemudian diteruskan dengan tayangan multimedia dan persembahan-persembahan menarik daripada guru-guru dan murid-murid Skkk2.


































 

Thursday, March 16, 2017

Sukan Dan Permainan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 15dan 16 Mac 2017-Unit ko kurikulum telah melaksanakan sukan dan permaianantara pasukan bagi acara padang  untuk  tahun 2017 .Rumah-rumah sukan yang bertanding adalah Rumah Biru,Hujau,Kuning dan Merah

Friday, March 3, 2017

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 & Majlis Anugerah Cemerlang Serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2017

Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 4 Mac 2017 satu majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 & Majlis Anugerah Cemerlang Serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2017 telah diadakan di Dewan Harmoni.ianya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.majlis ini telah dirasmikan oleh YBHG Dato'Paduka Mmahatar b Mustapha( Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan JPPK) dan perasmian penutupnya oleh YBHG Dato' Sri Muhammad B Abdul Ghani(Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian)
 Dimulakan seawal pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar,kemudian menyuarat agung tahunan berlansung dalam suasana yang penuh harmoni,diikuti dengan penyampaian hadiah kecemerlangan bagi murid-murid yang memperolihinya pada tahun lepas.Kecemerlangan itu termasuklah LP akhir tahun,UPSR,UPKK dan anugerah tokoh murid lelaki dan perempuan.

  Selesai sahaja penyampaian hadiah kecemerlangan ini,majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2017 yang telah disempurnakan oleh YBHG Dato' Sri Muhammad B Abdul Ghani(Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian).

Jutaan tahniah  diucapkan kepada semua murid yang berjaya dan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa yang menjayakan majlis pada hari ini,jua tidak lupa ucapan terima kasih kepada YBHG Dato'Paduka Mmahatar b Mustapha( Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan JPPK)  YBHG Dato' Sri Muhammad B Abdul Ghani(Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian),YDP PIBG En Raisnan B Daud ,NYDP  Dr Imran ,dan juga AJK-AJK PIBG yang lain.




Wednesday, February 22, 2017

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 23 Feb 2017 majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Harmoni Sk Kubang Kerian 2.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman B Mohd Zin diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan PKP Skkk2 Ustaz Abdul Aziz B Haron kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ketua Balai Kubang Kerian beserta gimik perasmian.Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana tapi  meriah.Dirasmikan oleh Yang Setia Ketua Balai ,Kubang Kerian ,Tuan Edi Amsyar B Endau.Seramai 197  orang peminpin muda yang terdiri daripada pengawas sekolah,(62 orang)Briged Bestari ( 27  orang),Pengawas Pusat Sumber( 60 orang ),Pembimbing Rakan Sebaya( 29 orang ) dan ketua serta penolong ketua darjah ( 48 orang) telah menerima watikah pelantikan masing-masing.   
    
Antara objektif diadakan majlis watikah ini adalah : 
1.Para pemimpin kecil akan dapat merasakan diri mereka diiktiraf dan diakui di peringkat sekolah. 
2.Memikul dan menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan jujur dan berdisiplin. 
3.Mengenali potensi diri mereka sebagai pemimpin pelajar yang cemerlang dan bermotivasi. 
4.mampu menjadi seorang yang menghargai dan menepati masa. 
5.Menjadi individu yang perihatin,positif dan menghormati keunikan orang lain.
 6.mampu berinteraksi dengan baik agar mereka lebih berdiplomasi dalam menjalankan tugas.

 Semoga dengan adanya majlis Watikah Pelantikan ini semua objektif yang disenaraikan di atas akan dapat dicapai oleh setiap pemimpin pelajar Skkk2.Itulah luahan dan harapan daripada para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar Skkk2,PK HEM,Unit Kaunseling dan juga guru-guru Skkk2."Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...