Sk Kubang Kerian 2-Latihan Rumah Sukan bagi semua pasukan telah diadakan di padang sekolah.Ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada murid-murid,guru-guru dan juga para ibubapa.
Pages
Wednesday, February 22, 2017
Majlis Penyampaian Slip UPKK
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Feb 2017 ,pihak sekolah sangat berbangga dan berbesar hati untuk menyampaiakan sijil penghargaan kepada calon-calon UPKK yang telah memperolihi keputusan cemerlang dalam ujian yang mereka duduki pada tahun 2016. Majlis Penyampaian Slip UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) ini diadakan di Dewan Harmoni Sk Kubang Kerian 2.Seramai 120 orang calon telah menduduki ujian ini dan kepeutusan yang diperolihi sangat memberangsangkan di mana ianya merupakan rekod tertinggi sepanjang UPKK diadakan disekolah ini.Seramai 47 orang murid memperolihi 8A,11 orang 7A,10 orang 6A,5 orang 5A,14 orang 4A,6 orang 3A,18 orang 2A,5 orang 1A.Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya.setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru-guru Pendidikan Islam di bawah pimpin Ketua Panita PAI Ustazah Asliza Bt Hassan di atas kejayaan yang cemerlang ini.
Wednesday, February 8, 2017
Program Relief ICT
Sk.Kubang Kerian -Tanggal 09 Feb 2017 Tahun 6 Terbilang telah mendahului pengisian Program Relief ICT di Sk Kubang Kerian 2.Murid-murid kelas ini telah dibimbing oleh Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Bt Daud dalam sesi pembelajaran pada kali ini.Murid-murid dikehendaki "update" dashboard VLE Frog masing-masing.PDPC ini didapati sangat menyeronokkan mereka.Sesuai dengan Pembelajaran Alaf ke 21(PA21) mereka sangat suka meneroka alam pendidikan maya.Semoga dengan kepelbagaian PDPC sebegini menambahkan lagi minat murid-murid untuk mencari maklumat dan bahan pembelajaran yang sesuai dan berfaedah serta menggunakan internet ke arah yang berguna.
Monday, February 6, 2017
Program Senamrobik dan Merentas Desa
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 7 Feb 2017 Program Senamrobik dan Merentas Desa telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para murid dan juga guru-guru.Dimulakan seawal pagi dengan senamrobik bersama-sama di tapak perhimpunan.Diikuti dengan larian merentas desa pada jam 9.30 pagi di sekitar perkampungan Chicha dan kawasan yang berhamiran dengan sekolah.Penyampaian hadiah kepada pemenang dilaksanakan pada jam 11.00 pagi.
Program Jom Ke Sekolah
Sk Kubang Kerian 2 – Tanggal 5 Feb 2017 “Program Jom
ke Sekolah “ telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap
meriah.Dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan murid-murid dan
guru-guru di tapak perhimpunan.Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi menyambut ketibaan tetamu jemputann,iaitu Naib YDP Saudara Dr Imran B Ahmad .Tuan guru besar telah menyambut ketibaan pegawai
“Polis Penghubung Sekolah”,Yang Setia Saudara Ahmad b.Abdul Aziz .Diikuti
dengan nayanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan,dan lagu sekolah.Murid-murid
membaca ikrar diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz nahran B Mamat.Seterusnya
pegawai polis En Ahmad b.Abdul Aziz telah menyampaiikan ucapannya sempena
pembukaan majlis,diikuti oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail B Ibrahim
membaca perutusan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia..
Acara
gilang-gemilang yang merupakan gimik program adalah mmencucuk belon dan
melepaskan tembakan yang mengekuarkan juraian butiran kertas dan butiran peada
yang berwarnna-warna menambahkan keceriaan majlis.Kotak aduan murid telah
diperkenalkan bagi membolehkan murid-murid membuat aduan tentang ketidakpuasann
hati mengenai apa-apa yang berlaku di sekolah.Sebarang masalah yang dihadapi
oleh murid-murid,boleh dikemukakan dengan cara memasukkan aduan ke dalam peti
khas ini.Acara penyampaian kad Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang
lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan di mana murid-murid dan guru-guru
terasa amat teruja kerana mereka tidak menyangka hari lahir mereka telah
diraikan.Seterusnya murid-murid telah bersalam-salaman dengan guru-guru
mengikut kelas secara berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing.Adalah
diharapkan agar program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada
masa-masa akan datang.
Saturday, January 21, 2017
Pusat Pemindahan Banjir Musim 2017
Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 21 Januari 2017 sekolah ini telah menjadi puat pemindahan banjir bagi penduduk sekitar yang dilanda musibah banjir.Sehingga kini seramai 213 orang mangsa telah dipindahkan ke sini.sesi persekolahan pada hari Ahad 22 januari dengan rasminya telah ditutup kepada murid-murid sekolah,manakala guru-guru dimestikan menghadirkan diri kecuali mereka yang terlibat dengan mangsa banjir.Guru-guru yang terlibat dengan musibah banjir dikehendaki melapor diri di sekolah yang berdekatan.
Sekitar Transisi Tahun Satu
Sk Kubang Kerian 2- Bermula 01 hingga 13 Januari 2017,Majlis Transisi Tahun 1 telah berjalan dalam keadaan yang baik dan terurus.Dari minggu pertama hingga minggu ke 3.
Subscribe to:
Posts (Atom)














































