Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 7 Feb 2017 Program Senamrobik dan Merentas Desa telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para murid dan juga guru-guru.Dimulakan seawal pagi dengan senamrobik bersama-sama di tapak perhimpunan.Diikuti dengan larian merentas desa pada jam 9.30 pagi di sekitar perkampungan Chicha dan kawasan yang berhamiran dengan sekolah.Penyampaian hadiah kepada pemenang dilaksanakan pada jam 11.00 pagi.
Pages
Monday, February 6, 2017
Program Jom Ke Sekolah
Sk Kubang Kerian 2 – Tanggal 5 Feb 2017 “Program Jom
ke Sekolah “ telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap
meriah.Dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan murid-murid dan
guru-guru di tapak perhimpunan.Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi menyambut ketibaan tetamu jemputann,iaitu Naib YDP Saudara Dr Imran B Ahmad .Tuan guru besar telah menyambut ketibaan pegawai
“Polis Penghubung Sekolah”,Yang Setia Saudara Ahmad b.Abdul Aziz .Diikuti
dengan nayanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan,dan lagu sekolah.Murid-murid
membaca ikrar diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz nahran B Mamat.Seterusnya
pegawai polis En Ahmad b.Abdul Aziz telah menyampaiikan ucapannya sempena
pembukaan majlis,diikuti oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail B Ibrahim
membaca perutusan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia..
Acara
gilang-gemilang yang merupakan gimik program adalah mmencucuk belon dan
melepaskan tembakan yang mengekuarkan juraian butiran kertas dan butiran peada
yang berwarnna-warna menambahkan keceriaan majlis.Kotak aduan murid telah
diperkenalkan bagi membolehkan murid-murid membuat aduan tentang ketidakpuasann
hati mengenai apa-apa yang berlaku di sekolah.Sebarang masalah yang dihadapi
oleh murid-murid,boleh dikemukakan dengan cara memasukkan aduan ke dalam peti
khas ini.Acara penyampaian kad Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang
lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan di mana murid-murid dan guru-guru
terasa amat teruja kerana mereka tidak menyangka hari lahir mereka telah
diraikan.Seterusnya murid-murid telah bersalam-salaman dengan guru-guru
mengikut kelas secara berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing.Adalah
diharapkan agar program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada
masa-masa akan datang.
Saturday, January 21, 2017
Pusat Pemindahan Banjir Musim 2017
Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 21 Januari 2017 sekolah ini telah menjadi puat pemindahan banjir bagi penduduk sekitar yang dilanda musibah banjir.Sehingga kini seramai 213 orang mangsa telah dipindahkan ke sini.sesi persekolahan pada hari Ahad 22 januari dengan rasminya telah ditutup kepada murid-murid sekolah,manakala guru-guru dimestikan menghadirkan diri kecuali mereka yang terlibat dengan mangsa banjir.Guru-guru yang terlibat dengan musibah banjir dikehendaki melapor diri di sekolah yang berdekatan.
Sekitar Transisi Tahun Satu
Sk Kubang Kerian 2- Bermula 01 hingga 13 Januari 2017,Majlis Transisi Tahun 1 telah berjalan dalam keadaan yang baik dan terurus.Dari minggu pertama hingga minggu ke 3.
Wednesday, December 28, 2016
Majlis Penyampaian KWAPM
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 29 Dec 2016 satu majlis Penyampaian KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) telah disampurnakan dengan jayanya .Ianya telah dirasmikan oleh wakil Ybhg Dato'Sri Muhammad Abdul Ghani.
Dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibubapa.Kemudian ibubapa bergerak ke Dewan Harmoni untuk mendengar taklimat daripada wakil Dato' Seri.Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Nahran,diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh PKP Encik Abdul Aziz B Haron.Ibubapa kemudiannya menerima sumbangan KWAPM.Terima kasih diucapkan kepada wakil Dato'Seri dan juga pihak Pengurusan HEM Skkk2 yang diketuai oleh Puan Salihah Bt Zakaria di atas kejayaan menganjurkan program ini dengan jayanya.Juga terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibubapa.Kemudian ibubapa bergerak ke Dewan Harmoni untuk mendengar taklimat daripada wakil Dato' Seri.Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Nahran,diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh PKP Encik Abdul Aziz B Haron.Ibubapa kemudiannya menerima sumbangan KWAPM.Terima kasih diucapkan kepada wakil Dato'Seri dan juga pihak Pengurusan HEM Skkk2 yang diketuai oleh Puan Salihah Bt Zakaria di atas kejayaan menganjurkan program ini dengan jayanya.Juga terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































