Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 8 Mac 2021 sesi persekolahan dalam norma baharu telah bermula pada hari ini.Mutid-murid yang terlibat adalah murid Tahun 3,4,5 fan 6.
Seawal pagi ibubapa murid- murid telah membanjiri perkarangan sekolah kerana menghantar anak-anak bagi sesi norma baharu ini.
Mereka telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mutid-murid diambil suhu badan setiba mereka di perkarangan sekolah dan ibubapa tidak dibenarkan turun dari kenderaan masing-masing.
Kehadiran murid pada hari ini sangat-sangat menggalakkan.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah.Teruskan hadir ke sekolah untuk hari-hari yang seterusnya.