Wednesday, August 29, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CYBERJAYA,PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR


SK KUBANG KERIAN 2 - Tanggal 28 Ogos 2012, Kelab Komputer Skkk2 telah menganjurkan satu lawatan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Lawatan ini disertai seramai 35 orang murid diiringi oleh lapan orang guru pengiring, juruteknik komputer dan juga urusetia lawatan.

Lawatan ini bermula pada 28 Ogos 2012.  Rombongan ini akan mengakhiri sesi lawatan pada 31 Ogos 2012. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Komputer, SK Kubang Kerian 2, Chicha,Kota Bharu,Kelantan.

Monday, August 13, 2012

Salam 'Idul Fitri


Selamat menyambut kedatangan 'Idul Fitri buat seluruh warga Sk Kubang Kerian 2.

Semoga segala amalan di sepanjang ramadhan diterima dan diberkati oleh Allah Azzawajalla.Sempena hari yang mulia ini,marilah sama-sama kita memohon kemaafan di atas tiap apa jua keslahan dan kesilapan yang pernah sama-sama kita lakukan samada secara sengaja atau tidak atau secara sedar atau alpa.Moga-moga ukhwah kita semua akan bertaut sebagaimana ukhwah para sahabat di zaman kegemilangan Islam semasa hayat baginda Rasulllah SAW ataupun selepas kewafatan beliau.

"SALAM 'DUL FITRI BUAT SEMUA"....MAAF ZAHIR DAN BATIN....


Majlis Penutupan Program Ihya'Ramadhan

Tanggal 14 Ogos 2012-Majlis Penutupan Program Ihya'Ramadhan telah dilaksanakan dengan jaayanya di Skkk2 di bawah kelolaan Unit HEM .majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B Ibrahim.

Tuesday, August 7, 2012

[ BERITA ] Pembantu Tadbir jawab guru kata kerani lembap



[ Surat Pembaca Utusan ]

SEBAGAI penjawat awam, saya perasan yang akhir-akhir ini luahan 'Guru' banyak terpapar di dada-dada akhbar.Pertama 'isu kerani lembap', kedua 'isu cuti khas perayaan' dan ketiga 'isu penempatan Guru Lepasan Ijazah J-qaf'.

Saya merasakan golongan ini terlalu ingin diberi banyak keistimewaan walaupun banyak keistimewaan telah diberi oleh kerajaan kepada anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...