Wednesday, May 23, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

sekitar acara dewan...
acara kaki hantu...
seronoknya beraktiviti...

acara lumba basikal...

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 24 Mei 2012,Satu majlis sambutan   Hari Guru peringkat telah diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.Acara yang diadakan pada hari  ini merupakan lanjutan daripada sambutan yang diadakan pada 16 Mei 201`2 baru-baru ini.
      Fasa satu dimulakan dengan acara padang.Dalam acara padang,pasukan guru telah dibahagikan kepada empat pasukan,yakni Pasukan Merah.Biru,Kuning dan Hijau.Acara padang dimulakan dengan membaling  pundi kacang ke dalam bakul,diikuti dengan bolong kelapa,kemudian disusuli pula dengan mengayuh basikal berhalangan,pakaian beragam dan diakhiri dengan acara mengoyak kertas,kemudian menyambungnya dan diukur pasukan manakah yang paling panjang menyambung tali yang diperbuat daripada kertas ini.Johan keseluruhan disandang oleh Rumah Hijau dengan pungutan mata sebanyak 20,tempat ke dua disandang oleh Rumah Biru dengan pungutan mata 15,manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rumah  Merah dan tempat ke empat pula disandang oleh Rumah Kuning dengan pungutan mata 5.Acara dihentikan sementara kerana memberi laluan kepada para guru dan murid berehat.
       Seterusnya disambung pula dengan fasa ke dua,yakni acara dewan.Acara dewan tidak lengkap kiranya tidak dimulakan dengan bacaan doa.Untuk itu,Ustaz Mohd zaki B Yaacob telah memulakan acara dewan dengan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga perjalanan majlis pada hari ini diberkati oleh Allah Azzawajalla.Diikuti dengan ucapan wakil murid,kemudian disusuli pula dengan ucapan daripada wakil guru.Wakil guru pada kali ini ialah Pn.Hjh Syarifah.Sebagai menghargai jasa para guru terhadap para muridnya,maka Puan Hjh Syarifah telah mendeklamasikan sebuah sajak yang tidak asing lagi.Antara bait-bait yang sempat saya petik adalah::
       Dialah pemberi paling setia,
       Tiap akar ilmu miliknya
       Pelita dan lampu segala
       Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
       Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
       Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
       Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
       Seribu tahun katanya menjadi hikmat........
          Seterusnya diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar Skkk2 yang sudah semestinya sebagai pelengkap majlis.Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar terlebih dahulu mengucapkan gunungan terima kasih kepada para guru di Skkk2 yang telah bertungkus lumus mengajar dan mendidik seluruh murid-murid Skkk2 ke arah melahirkan insan yang seimbang jasmani,rohani,emosi,intelek dan sosial (JERISO).Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu  " Guru Malaysia" dan lagu tema hari guru.majlis sampai ke muncaknya dengan acara persembahan terbuka daripada guru ,murid-murid prasekolah dan juga persembahan murid Tahap 1 dan tahap 2.Seterusnya Tuan Guru Besar berbesar hati menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para guru Skkk2.Semoga acara-acara seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.SELAMAT HARI GURU SEMUA....KHUSUS BUAT PARA GURU....DIKAULAH PELITA,DIKAULAH MATAHARI YANG SELALU MENYINARKAN CAHAYANYA......

Tuesday, May 22, 2012

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012


Kepada
Semua ibu bapa /Penjaga Murid,
Guru-guru dan Kakitangan Sokongan
SK Kubang Kerian 2.

Tuan/Puan

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.             Untuk makluman tuan/puan, sekolah akan bercuti mulai 25 Mei 2012 (Jumaat) hingga 9 Jun 2012 (Sabtu) dan akan dibuka semula pada 10 Jun 2012 (Ahad).

3.             Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengharapkan ibu bapa/penjaga dapat memastikan anak-anak jagaan tuan/puan  memanfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah.

Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah




 ISMAIL BIN IBRAHIM
 Guru Besar
 SK. Kubang Kerian 2

Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih Cikgu - Najwa Latiff & Upin Ipin

Selamat Hari Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

13 Mei merupakan Hari Ibu ."Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di Skkk2 dan ibu-ibu di dunia"...Sama-sama kita renungkan:


"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

"Ibu kamu," jawab Nabi.

"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.

"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.

"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.

"Dan selepas itu?"

"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Penyelaras Bestari & Guru Penyelaras Media Peringkat Kebangsaan

Satu "Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Penyelaras Bestari & Guru Penyelaras Media  Peringkat Kebangsaan"telah diadakan di BTPN Kelantan pada 13 hingga 15 Mei 2012.Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil BTPN bagi setiap negeri dan juga wakil GBP& GPM bagi sekolah-sekolah pilihan.GPB Skkk2 ,Puan Wan Ramlah Bt Daud telah mewakili GPB Sekolah Rendah,manakala wakil GPB dari sekolah menengah  pula diwakili oleh Tn.Hj.Rahim dari SMS Dato' Ahmad Maher,KotaBharu,Kelantan

       Bengkel  Kerja Pemurnian SKT ini lebih menekankan kepada sasaran kerja tahunan GPB dan GPM selaras dengan "Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005".Pemurnian yang dibuat adalah dengan memperincikan tiap tugas dan SKT yang sedia ada.Hasil bengkel ini akan bakal digunakan oleh semua GPB dan GPM seluruh Malaysia.Semoga kerja-kerja pemurnian ini akan memperolihi impak yang sangat berguna buat kita semua dalam usaha menyebarluaskan usaha ke arah pembestaran sekolah.

Pemurnian SKT sedang berlangsung....

e
sedang memurnikan....
Wakil BTPN bersama wakil GPB SMS Dato'Ahmad Maher
Wakil BTPN bersama GPB Skkk2...
Pemurnian item-item SKT GPB sedang rancang berjalan....


LAWATAN PENANDA ARAS


Sk Kubang Kerian 2- Menerima tetamu sudah menjadi lumrah bagi setiap tuan rumah.begitulah resam dunia.Tanggal 13 Mei 2012 Sk. Kubang Kerian 2 telah berkenan menerima "Lawatan Penanda Aras "  dari Sk.Lawin dan Sk Pahit,Perak Darul Redzuan.Rombongan yang terdiri daripada 48 orang peserta ini telah selamat tiba di perkarangan sekolah kami pada jam 9.45 pagi dan disambut suasana yang sederhana tetapi meriah.

      Kedatangan rombongan ini lebih kepada perkongsian amalan terbaik di sekolah di mana ketiga-tiga buah sekolah telah sama-sama bertukar fail mengenai corak pentadbiran sekolah dan juga program-program yang dilaksanakan di sekolah masing-masing.

      Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru besar Skkk2,diikuti dengan ucapan balas wakil rombongan lawatan.Dalam ucapan Tuan PKP Sk Lawin ini,beliau berharap agar dapat menimba sedikit sebanyak pengalaman para pentadbir di sini mengurustadbir sekolah sehingga menjadikan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah yang sentiasa meningkat prestasi akademik,ko kurikulum,ko akademik dan juga kemenjadian murid.

      Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Daud turut diaminta untuk membentang program-program pembestarian sekolah yang telah dijalankan di sekolah ini hingga memperolihi lima bintang dalam penarafan SSQS ( Smart School Qualification Standard) yang telah dilaksanakan seluruh negara oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

Ketibaan rombongan sekitar jam 9.45 pagi...

Rombongan di bawa ke Bilik Gerakan Wawasan...
Para hadirin mengambil tempat masing-masing...
Perkongsianpengurusan ICT di sekolah oleh GPB Skkk2

Pembentangan Gaya Kepimpinan sekolah oleh Tuan Guru Besar Skkk2...
Lawatan ke Makmal Komputer Skkk2.Juruteknik sedang menjawab soalan-soalan-soalan daripada Guru Besar Sk.Pahit  

Tuesday, May 8, 2012

Google Bangunkan Teknologi Kereta Tanpa Pemandu


Google melalui sepasukan jurutera terbaik di dunia membangunkan teknologi kereta automatik (kereta tanpa pemandu) yang dikatakan pertama dalam dunia kajian robotik.Menurut ketua pasukan Sebastian Thrun dalam blog rasmi Google, teknologi itu bertujuan untuk membantu mencegah kemalangan lalu lintas, menjimatkan masa manusia dan mengurangkan pembebasan karbon.

Kereta automatik itu digerakkan oleh perisian komputer (software) yang menggabungkan penggunaan kamera video, pengesan radar dan laser range finder (untuk meninjau trafik) dan juga sebuah peta. Kini Google telah pun mempunyai Google Maps; sebuah perisian data peta yang terperinci.

Kereta pandu uji mereka telah pun berjaya meluncur di jalan raya sejauh 140,000 batu. Pada 29 September, CEO Google Eric Schmidt pernah berkata, "Ia adalah sesuatu yang masuk akal jika kereta anda dipandu sendiri."

Tambahnya, "Ia adalah satu 'bug' apabila kereta dicipta terlebih dahulu sebelum komputer dicipta."


'Bug' dalam istilah komputer adalah satu ralat. Langkah ini merupakan isyarat terkini bahawa Google bertekad untuk mengubah cara kereta dipandu. Tidak mustahil bahawa tidak lama lagi, kita akan dapat melihat kereta tanpa pemandu di jalan raya Malaysia.

Jika dulu Android (teknologi perisian telefon pintar) tidak pernah dipakai oleh manusia, kini ia merupakan saingan hebat bagi Apple OS yang diguna pakai dalam iPhone.Semoga suatu hari nanti, lebih ramai orang Islam yang terkehadapan dalam membangunkan teknologi-teknologi yang mampu memberi manfaat kepada semua manusia.

Sunday, May 6, 2012

CPT Cambridge Test Untuk Guru Bahasa Inggeris


Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 7 Mei 2012,Satu ujian "CPT Cambridge Test"telah diadakan untuk Guru Bahasa Inggeris.Ujian ini diadakan secara online bagi semua guru bahasa Inggeris seluruh Malaysia.Bagi guru-guru bahasa Inggeris Skkk2,seramai 6 orang telah menduduki ujian ini pada hari ini,manakala tiga orang guru lagi akan mendudukinya pada besok hari lantaran mereka menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan.Ujian ini,slot 1 ,telah berjaya diduki oleh guru-guru bahasa Inggeris pada jam 11.15 am. Semoga kesemua guru bahasa Inggeris Skkk2 akan memperolihi kejayaan yang cemerlang."Selamat Berjaya Semua!"...
PKP sedang memberi taklimat...
juruteknik komputer Skkk2...
Cg.sharifah Zuliyana Syed Ahmed.....
Cg Ariza Ismail
Cg Pn.Johaini Bt Tahir...
Cg.Pn Wan Zurina dan Pn Mek Yas...
Pn Roshaimah Deraman....khusyuk menjawab soalan online!

Thursday, May 3, 2012

Selamat Hari Wesak

Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga Sk.Kubang Kerian 2 dan juga sempena "Hari Wesak"...Jua diucapkan "Selamat Hari Wesak "kepada mereka yg beagama Buddha.

Wednesday, May 2, 2012

Kanak-Kanak Hilang Telah Selamat Di Temui

(Telah Ditemui Selamat pada 3 Mei 2012) 
NUR ALERT: Kanak-Kanak Hilang Nayati Moodliar

Menurut laporan berita dari akhbar Berita Harian, kanak-kanak yang dilaporkan hilang Nayati Moodliar telah ditemui selamat pagi ini (3 Mei 2012). Sila layari laporan tersebut di: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanak-kanakdilarikan_NayatiMoodliarditemuiselamat/Article

Terima kasih ke atas keperihatinan semua pihak.

PENGURUSAN STRES DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman...Memandangkan dewasa ini "stres di tempat kerja sudah menjadi wabak yang kian menular,maka di sini sukalah saya berkongsi maklumat dan fakta mengenai stres.Menurut Prof.Madya Dr.Zarida Hambali (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM:
          
Stres atau tekanan merupakan  tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Menutut bacaan Graf Stres Hans Selve:Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres.

.       Tanda-tanda dan gejala stres dapat dilihat daripada segi fizikal seperti  adalah seperti gementar,berpeluh,rasa Seram sejuk,tangan dan kaki rasa sejuk,sakit kepala atau rasa mual/nak muntah,
bernafas laju,kering mulut,kerap buang air kecil,kerap buang air besar,cirit- birit,kurang selera makan,mudah dapat serangan penyakit seperti asma,sakit belakang badan,masalah penghadaman,sakit kepala,gatal-gatal
masalah hubungan kelamin,sakit-sakit badan dan cepat letih.

        Tanda-tanda psiko logikal pula adalah seperti:kebimbangan,keliru dan kurang daya tumpuan,sukar kawalan diri,berlaku perubahan emosi seperti :tekanan perasaan,kekecewaan,mewujudkan permusuhan,rasa tak berdaya,kurang sabar dan cepat marah,lemah Semangat,susah nak tidur,mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak

       Berlaku pula gangguan fikiran seperti,sukar membuat keputusan,kurang minat terhadap aktiviti harian tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar.Pemikiran positif terganggu disebabkan oleh:sering berfikiran negatif  dan kurang memberi perhatian.Juga berlaku penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut,kecewa dan cepat marah.

        Gejala seterusnya berlaku terhadap tingkah laku seperti  bercakap dengan cepat dan kuat,sering menguap,suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih berperasaan yang negatif seperti mudah tersinggung,terlalu bergantung kepada orang lain,suka memberi komen dan kritik orang lain,boleh bertindak ganas,bertindak secara tidak logik.o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi kurang kecekapan diri,mudah lupa,selalu membuat kesilapan,sering terlibat kemalangan,dan kurang produktiviti kerja.

    Punca stress :
1. Di tempat kerja
• Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
• Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri
• Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
• Persekitaran yang tidak selesa
- bising, kawasan yang kotor, pencemaran, panas dan sempit
‐ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
• Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar
untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi
-waktu kerja yang tidak fleksibel.
• Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
o Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
o Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
o Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
o Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
o Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
o Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
o Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
o Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
o Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
o Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan
dan peralatan

o Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
 -Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan
sekarang
-Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
-Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
-Tiada peluang kenaikan pangkat
-Tiada jaminan pekerjaan
o Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
-Tekanan dari pihak atasan
-Campur tangan terhadap bidang tugas
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
-Gangguan terhadap perancangan kerja
-Gangguan telefon
o Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
�Masalah kewangan
�Masalah hubungan dengan keluarga
�o Penyakit yang dialami
�o Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan danpenceraian

Lain-lain punca stres
a. Stres Ancaman (survival) :
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi,
fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
b. Stres dalam diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita
terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu
mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .
Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan
kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
o Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
o Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
o Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
o Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang
dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
o Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda

c. Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
• "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat,sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
• Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi
kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
• Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

Komplikasi
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda.
Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan
memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
• Mudah keletihan dan cepat penat
• Kekecewaan
• Hilang semangat ( "burn out" )

Cara mengurangkan stres
• Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa yang tidak fleksibel
• Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat.
• Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi
otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)

PERUNDANGAN
• Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menetapkan tugas
am bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dan
menjamin kesejahteraan pekerja. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan
sihat termasuk memastikan bahawa tiada kesan negative daripada factor-faktor
seperti kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan, pengalihudaraan,
habuk, getaran dan bahan berbahaya.
• Majikan juga hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang berkualiti
seperti mengutamakan persekitaran kerja yang terbuka, mengamalkan dialog
dan perhubungan secara meluas, memberi peluang samarata dan tiada
diskriminasi serta memastikan penyelesaian masalah bersama. Masalah
keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa OSH
yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
• Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal masa kerja
termasuk hari rehat, kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja shift dan jumlah
kerja lebih masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...