Monday, March 8, 2010

Sambutan Maulidurrasul 1431 Hijrah SK Kubang Kerian 2

Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam menyiapkan gulai kawah amatlah boleh dipuji.
Ketua Gulai Cikgu Norhasni sedang membaca mentera supaya gulai menjadi lebih sedap!!

"Kaki kacau" serius dalam tugasnya

Guru Besar sedang berarak bersama murid-murid

Kelihatan Tuan Guru Besar Tn Hj Che Zaudin Bin Che Ismail dan PK Pentadbiran Tn Hj Mohd Zin b Hussin serta barisan guru-guru bersama murid-murid sedang bersedia untuk memulakan perarakan

Kubang Kerian,09 March 2010- Sempena bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW, Sk Kubang Kerian 2 telah mengadakan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah dalam suasana yang penuh warna-warni dimana murid-murid sekolah yang berpakaian indah berarak dengan penuh disiplin sambil mengalunkan selawat terhadap junjungan kita dengan penuh bersemangat.
Majlis dimulakan seawal 7.45 pagi dengan perbarisan murid-murid diiringi dengan kalimah suci "Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan ini dikepalai oleh Ustaz Muhamad Zaki bersama barisan pentadbir sekolah,Tuan Guru Besar dan Pk Ko,diikuti oleh murid-murid Tahun 1,Tahun 2,tahun 3,Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6 dengan diiringi oleh guru-guru yang mengawasi perarakan pada hari ini. Perarakan ini bermula dari tapak perhimpunan sekolah seterusnya keluar melalui jalanraya sekitar kawasan perumahan Taman Makmur dan kembali semula ke tapak perhimpunan.
Disamping perarakan, sekumpulan guru-guru lain juga terlibat dengan aktiviti menyiapkan hidangan "gulai kawah" yang mana diketuai oleh Cikgu Norhasni. Semua warga sekolah akan dapat menjamu selera sebaik sahaja majlis selesai.
Majlis hari ini memancarkan semangat kerjasama yang begitu tinggi dikalangan guru dan kakitangan sekolah dan dapat diterjemahkan dengan kemeriahan majlis yang diadakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...