Wednesday, February 22, 2017

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 23 Feb 2017 majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Harmoni Sk Kubang Kerian 2.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman B Mohd Zin diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan PKP Skkk2 Ustaz Abdul Aziz B Haron kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ketua Balai Kubang Kerian beserta gimik perasmian.Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana tapi  meriah.Dirasmikan oleh Yang Setia Ketua Balai ,Kubang Kerian ,Tuan Edi Amsyar B Endau.Seramai 197  orang peminpin muda yang terdiri daripada pengawas sekolah,(62 orang)Briged Bestari ( 27  orang),Pengawas Pusat Sumber( 60 orang ),Pembimbing Rakan Sebaya( 29 orang ) dan ketua serta penolong ketua darjah ( 48 orang) telah menerima watikah pelantikan masing-masing.   
    
Antara objektif diadakan majlis watikah ini adalah : 
1.Para pemimpin kecil akan dapat merasakan diri mereka diiktiraf dan diakui di peringkat sekolah. 
2.Memikul dan menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan jujur dan berdisiplin. 
3.Mengenali potensi diri mereka sebagai pemimpin pelajar yang cemerlang dan bermotivasi. 
4.mampu menjadi seorang yang menghargai dan menepati masa. 
5.Menjadi individu yang perihatin,positif dan menghormati keunikan orang lain.
 6.mampu berinteraksi dengan baik agar mereka lebih berdiplomasi dalam menjalankan tugas.

 Semoga dengan adanya majlis Watikah Pelantikan ini semua objektif yang disenaraikan di atas akan dapat dicapai oleh setiap pemimpin pelajar Skkk2.Itulah luahan dan harapan daripada para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar Skkk2,PK HEM,Unit Kaunseling dan juga guru-guru Skkk2."Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia."

Latihan Rumah Sukan

Sk Kubang Kerian 2-Latihan Rumah Sukan bagi semua pasukan telah diadakan di padang sekolah.Ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada murid-murid,guru-guru dan juga para ibubapa.

Majlis Penyampaian Slip UPKK

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Feb 2017 ,pihak sekolah sangat berbangga dan berbesar hati untuk  menyampaiakan sijil penghargaan kepada calon-calon UPKK yang telah memperolihi keputusan cemerlang dalam ujian yang mereka duduki pada tahun 2016. Majlis Penyampaian Slip UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) ini diadakan di Dewan Harmoni Sk Kubang Kerian 2.Seramai 120 orang calon telah menduduki ujian ini dan kepeutusan yang diperolihi sangat memberangsangkan di mana ianya merupakan rekod tertinggi sepanjang UPKK diadakan disekolah ini.Seramai 47 orang murid memperolihi 8A,11 orang 7A,10 orang 6A,5 orang 5A,14 orang 4A,6 orang 3A,18 orang 2A,5 orang 1A.Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya.setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru-guru Pendidikan Islam di bawah pimpin Ketua Panita PAI Ustazah Asliza Bt Hassan di atas kejayaan yang cemerlang ini.

Wednesday, February 8, 2017

Program Relief ICT

Sk.Kubang Kerian -Tanggal 09 Feb 2017 Tahun 6 Terbilang telah mendahului pengisian Program Relief ICT di Sk Kubang Kerian 2.Murid-murid kelas ini telah dibimbing oleh Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Bt Daud dalam sesi pembelajaran pada kali ini.Murid-murid dikehendaki "update" dashboard VLE Frog masing-masing.PDPC ini didapati sangat menyeronokkan mereka.Sesuai dengan Pembelajaran Alaf ke 21(PA21) mereka sangat suka meneroka alam pendidikan maya.Semoga dengan kepelbagaian PDPC sebegini menambahkan lagi minat murid-murid untuk mencari maklumat dan bahan pembelajaran yang sesuai dan berfaedah serta menggunakan internet ke arah yang berguna.




Monday, February 6, 2017

Program Senamrobik dan Merentas Desa

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 7 Feb 2017 Program Senamrobik dan Merentas Desa telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para murid dan juga guru-guru.Dimulakan seawal pagi dengan senamrobik bersama-sama di tapak perhimpunan.Diikuti dengan larian merentas desa pada jam 9.30 pagi di sekitar perkampungan Chicha dan kawasan yang berhamiran dengan sekolah.Penyampaian hadiah kepada pemenang dilaksanakan pada jam 11.00 pagi.


















Program Jom Ke Sekolah



Sk Kubang Kerian 2 – Tanggal 5 Feb 2017 “Program Jom ke Sekolah “ telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan murid-murid dan guru-guru di tapak perhimpunan.Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi menyambut ketibaan tetamu jemputann,iaitu Naib YDP Saudara Dr Imran B Ahmad .Tuan guru besar telah menyambut ketibaan pegawai “Polis Penghubung Sekolah”,Yang Setia Saudara Ahmad b.Abdul Aziz .Diikuti dengan nayanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan,dan lagu sekolah.Murid-murid membaca ikrar diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz nahran B Mamat.Seterusnya pegawai polis En Ahmad b.Abdul Aziz telah menyampaiikan ucapannya sempena pembukaan majlis,diikuti oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail B Ibrahim membaca   perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..

            Acara gilang-gemilang yang merupakan gimik program adalah mmencucuk belon dan melepaskan tembakan yang mengekuarkan juraian butiran kertas dan butiran peada yang berwarnna-warna menambahkan keceriaan majlis.Kotak aduan murid telah diperkenalkan bagi membolehkan murid-murid membuat aduan tentang ketidakpuasann hati mengenai apa-apa yang berlaku di sekolah.Sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid,boleh dikemukakan dengan cara memasukkan aduan ke dalam peti khas ini.Acara penyampaian kad Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan di mana murid-murid dan guru-guru terasa amat teruja kerana mereka tidak menyangka hari lahir mereka telah diraikan.Seterusnya murid-murid telah bersalam-salaman dengan guru-guru mengikut kelas secara berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing.Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...