March 2017

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 15dan 16 Mac 2017-Unit ko kurikulum telah melaksanakan sukan dan permaianantara pasukan bagi acara padang  untuk  tahun 2017 .Rumah-rumah sukan yang bertanding adalah Rumah Biru,Hujau,Kuning dan Merah

Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 4 Mac 2017 satu majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 & Majlis Anugerah Cemerlang Serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2017 telah diadakan di Dewan Harmoni.ianya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.majlis ini telah dirasmikan oleh YBHG Dato'Paduka Mmahatar b Mustapha( Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan JPPK) dan perasmian penutupnya oleh YBHG Dato' Sri Muhammad B Abdul Ghani(Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian)
 Dimulakan seawal pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar,kemudian menyuarat agung tahunan berlansung dalam suasana yang penuh harmoni,diikuti dengan penyampaian hadiah kecemerlangan bagi murid-murid yang memperolihinya pada tahun lepas.Kecemerlangan itu termasuklah LP akhir tahun,UPSR,UPKK dan anugerah tokoh murid lelaki dan perempuan.

  Selesai sahaja penyampaian hadiah kecemerlangan ini,majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2017 yang telah disempurnakan oleh YBHG Dato' Sri Muhammad B Abdul Ghani(Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian).

Jutaan tahniah  diucapkan kepada semua murid yang berjaya dan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa yang menjayakan majlis pada hari ini,jua tidak lupa ucapan terima kasih kepada YBHG Dato'Paduka Mmahatar b Mustapha( Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan JPPK)  YBHG Dato' Sri Muhammad B Abdul Ghani(Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian),YDP PIBG En Raisnan B Daud ,NYDP  Dr Imran ,dan juga AJK-AJK PIBG yang lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.